Minggu Ke7


HARI 1


Hari inilah di mana program kami di rumah Nuri bermula. Saya berasa amat takut kerana saya tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman dalam menguruskan program bersama anak-anak yatim. Nampaknya ini adalah pengalaman pertama saya. Hari pertama bermula,di mana hampir kesemua pelajar bioinformatik bangun lambat menyebabkan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan untuk anak-anak yatim dapat dijalankan sebahagiannya sahaja manakala sebahagiannya lagi tidak dapat dijalankan. Di samping itu, makanan yang sepatutnya kami terima sebelum waktu makan juga tidak dapat pada waktunya menyebabkan kanak-kanak ini terpaksa menunggu dengan lama sebelum mereka dapat makan. Selain itu,sikap kanak-kanak yang tidak berminat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta tidak mendengar arahan daripada kami menyebabkan agak sukar untuk mengawal mereka. Tambahan pula dengan fasilitator-fasilitator yang menjalankan tugas dengan tidak lengkap. Seperti yang telah saya beritahu pada awal lagi bahawa ini adalah kali pertama kami menjalankan program ini. Jadi banyak benda yang kami tidak tahu terutamanya dalam menguruskan kanak-kanak ini. Banyak teguran yang kami terima daripada Dr. Arpah tentang cara-cara kami menguruskan program ini dan salah satunya adalah cara kami menarik perhatian kanak-kanak agar mereka turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang kami jalankan. Kami berasa sungguh kecewa dengan cara kami menguruskan program ini. Kami berazam bahawa kami akan memperbetulkan segala kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang hari ini serta akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk buat dengan lebih baik pada hari-hari yang berikutnya. 


HARI 2

Alhamdulillah semua program yang kami jalankan pada hari ini berjalan dengan lancar. Apa yang kami dapat lihat bahawa kanak-kanak ini sungguh berminat dengan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan. Hampir kesemua mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan. Contoh aktiviti-aktiviti yang kami jalankan adalah senaman pagi,mandarin language,motivasi berkelompok,eksplorace serta akvtiviti outdoor iaitu bola sepak dan bola beracun. Mereka berasa sungguh berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini kerana  hadiah yang berupa hamper akan diberikan kepada para pemenang jika mereka berjaya melaksanakan kesemua aktiviti tersebut. Ini adalah merupakan salah satu cara yang kami lakukan dalam menarik perhatian mereka di samping memberi bintang kepada kumpulan yang mendengar arahan fasilitator-fasilitator yang bertugas. Pemenang pertama dijuarai oleh kumpulan 1 manakala pemenang kedua dijuarai oleh kumpulan 2 dan 3 kerana kedua-dua kumpulan tersebut mendapat kutipan markah yang sama. Hari inilah di mana senyuman mula terukir di wajah mereka walaupun semuanya keletihan. Kami berasa sungguh gembira kerana berjaya membuat mereka tersenyum. Jadi objektif kami membuat mereka seronok dan gembira tercapai jua akhirnya walaupun pelbagai cabaran dan halangan yang kami tempuhi. Segala penat dan kepayahan tersebut akhirnya terbalas juga setelah melihat mereka tersenyum. Di samping itu,kami juga mendapat pujian daripada Dr. Arpah bahawa prestasi kami dalam menguruskan program hari ini adalah sangat bagus dan beliau berasa sangat gembira dengan kemajuan kami ini berbanding hari pertama program. Walaupun pelbagai kata pujian yang diberikan,hal ini tidak membuat kami berasa selesa kerana esok adalah hari terakhir program kami di rumah Nuri. Jadi kami ingin membuat sehabis baik untuk esok.Saya berharap agar esok semuanya berjalan dengan lancar.


HARI 3

Hari inilah di mana program kami di rumah Nuri selesai. Kami berasa amat sedih untuk melepaskan adik-adik ini kerana sepanjang kami meluangkan masa selama 3 hari bersama mereka menyebabkan hubungan di antara kami menjadi rapat bagai isi dengan kuku.Pelbagai perasaan seperti gembira dan sedih telah kami kongsikan bersama. Sebenarnya ramai yang tidak terlibat dalam majlis penutupan kerana sebahagian besar daripada mereka terlibat dengan persembahan dikir barat dan nasyid. Walaubagaimanapun hal ini tidak menjadi penghalang untuk membatalkan majlis penutupan. Majlis penutupan berjalan dengan meriahnya walaupun hujan turun dengan lebat sekali. Khemah yang telah kami siap hias tidak digunakan disebabkan tempias hujan yang sangat kuat menyebabkan ia telah ditukarkan kepada halaman rumah. Semua kanak-kanak telah membuat persembahan lagu tujuan manakala fasilitator- fasilitator pula membuat persembahan lagu merdeka. Sebenarnya persembahan tersebut dilakukan secara spontan disebabkan ramai kanak-kanak yang tidak ada untuk membuat persembahan sorakan bagi setiap kumpulan. Apa yang lagi menyeronokkan adalah majlis sambutan hari jadi yang diadakan bagi mereka yang lahir pada bulan 1,2 dan 3. Kek-kek tersebut telah dibeli oleh Dr. Arpah untuk mereka. Kanak-kanak berasa sungguh gembira dengan keadaan ini. Setelah selesai sahaja majlis sambutan hari jadi,kami bersiap ingin pulang ke UM. Di masa inilah kami lihat kanak-kanak ini menangis dan memeluk kami serta menahan kami dari pulang. Kami berasa sedih dengan keadaan ini. Walaupun kami berasa berat hati untuk meninggalkan mereka namun hidup perlu diteruskan. Oleh itu, kami berharap suatu hari nanti kami akan bertemu dengan mereka di UM.






No comments:

Post a Comment