Social Engagement Bioinformatics 2018 ❣ (Day 1 !)

1st Day !💪

23/3/2018. Yeah its the first day of our Social Engagement project 2018 ! Im so excited to meet all the kids !Akhirya setelah beberapa bulan berpenat lelah mencari dana dan sumbangan untuk projek ini, Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar :) So hari pertama kami semua dikehendaki berkumpul di bagunan bioinformatik sebelum berolak ke rumah NURI Setapak pada 7am. Sebelum bertolak, kami semua telah membuat cek list semua keperluan yang perlu dibawa pada hari tersebut seperti penyapu, penyodok, mop dan sebagainya kerana terdapat gotong-royong pada hari pertama.

Otw NURI. Nampak tk muka2 excited + gementar kami ? hahahaha

Aktiviti pertama kami di rumah NURI ialah ice breaking, Alhamdulillah seramai 25 orang kanak-kanak telah memperkenalkan diri, tidak kurang juga fesi-fesi juga semua memperkenalkan diri masing2. Selepas itu, kami telah melakukan gotong-royong membersihkan rumah NURI. Setiap kumpulan telah dibahagikan untuk membersihkan kawasan dalam dan luar rumah. Terdapat 5 kumpulan yang terdiri antara 5 hingga 6 orang peserta.



Photographer of the day hehe
Alan si gemok montel. Bulu die gebu gila !

Aktiviti gotong-royong telah dilakukan sampai 1 tengah hari. Pastu kami (semua lelaki muslim) ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.Selesai solat jumaat, aktiviti petang tu pula ialah bermain games. Suasana agak huru hara tapi alhamdulillah semuanya terkawal. Semua kanak2 tersebut nampak gembira dan teruja. Selepas solat asar, Setiap kumpulan mesti melakukan latihan persembahan untuk dipersembahkan semasa majlis penutup. Keadaan pada masa ni agak tidak terkawal kerana aktiviti tu dijalankan di luar kawasan rumah NURI dan kanak2 tersebut lebih tertarik kepada taman permainan. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut kami, Dr Arpah telah memberi idea iaitu membeli aiskrim dan siapa antara mereka yang mengikut arahan untuk melakukan latihan persembahan itu akan mendapat aiskrim.Haha selepas tu semua kanak2 tersebut behave. Mereka juga telah dibahagikan kepada kumpulan baru iaitu hanya 3 kumpulan sahaja.

Aktiviti pada petang tersebut berakhir pada waktu maghrib. Selepas solat maghrib, semua bersedia untuk makan malam. Selepas isya, slot terakhir ialah refleksi untuk hari tersebut. Setiap daripada mereka telah dipilih secara rawak untuk memberi refleksi pada hari pertama.Alhamdulillah, hari pertama telah selesai dan kami bertolak pulang ke UM pada pukul 9.30pm.


Selesai hari pertama :)


Jadi refleksi saya pada hari pertama ialah setiap orang mestilah memberi kerjasama dan sama-sama berusaha contohnya semasa gotong royong, semua telah bekerjasama untuk membersihkan rumah NURI dan alhamdulillah semua dapat diselesaikan awal dan rumah NURI kelihatan lebih bersih daripada sebelum ini.Kita juga mestilah bersabar melayan kerenah kanak2 tersebut kerana kanak2 sememangnya agak nakal dan suka main2.

Sekian,
Mohd Hazimin :)



No comments:

Post a Comment