A 3 Days of Memory : Day 2

Pada hari kedua pula, alhamdulillah terdapat perubahan yang besar berbanding dengan hari pertama. Nampaknya system bintang mendapat sambutan yang baik dari anak-anak NURI. Mereka lebih berdisiplin, mendengan kata malah menegur ahli yang tidak mendengar arahan kerana bimbang ditarik bintang dari kumpulan mereka.
            Sebelum sampai di rumah NURI, saya telah pun menelefon Kak Ida untuk mengingatkannya tentang makanan. Nasib baik makanan pada hari itu tiba tepat pada masanya. Ada juga beberapa di antara anak-anak NURI yang bersemangat untuk membantu kami menghamparkan tikar setiap kali waktu makan. Jelas kelihatan bahawa mereka kini lebih mahu mendengar kata dan mahu rapat dengan kami semua.            

Namun begitu, langit tak selalunya cerah, setiap program yang dirancang tidak akan berlaku dengan begitu mudah. Sewaktu sesi permainan meneka gambar, salah seorang perserta menangis kerana kalah dalam permainan tersebut. Erni, PIC untuk sesi tersebut agak panik pada waktu itu maka sesi itu terpaksa dihentikan dan perlu diganti dengan permainan yang lain. Lalu saya mencadangkan permainan ‘Charade’ di mana salah seorang ahli perlu berlakon aksi-aksi yang diberi dan ahli-ahli yang lain perlu meneka aksi tersebut. Saya meminta Nazrul untuk mengawal keadaan kacau pada waktu itu sementara saya membuat senarai aksi-aksi yang perlu dilakonkan. Atas kerjasama semua orang, maka semuanya berjalan dengan lancar dan keadaan kembali tenang. Melalui peristiwa itu, saya dapat pelajari bahawa kita perlu pantas berfikir di saat-saat genting dan sentiasa tenang dalam setiap keadaan. Semangat berpasukan itu penting untuk memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar.

            Saya merupakan salah satu sesi bantuan untuk kumpulan dua. Sewaktu latihan persembahan, saya dan Azmil mengajar anak-anak NURI dan fasilitator kumpulan dua yang lain untuk bersorak mengikut sorakan kolej kami, iaitu kolej kedua. Sebenarnya sesi ini adalah sesi kegemaran saya kerana saya dapat berinteraksi dengan anak-anak NURI dengan lebih dekat dan mengajar mereka sesuatu yang baru. Sorakan ini sebenarnya akan menaikkan semangat mereka di samping membantu mereka untuk menjadi lebih rapat antara satu sama lain.

-Putri Nur Fatin-

No comments:

Post a Comment