A 3 Days of Memory : Day 1

Hari pertama program sebenarnya agak kelam-kabut dan tidak berjalan dengan lancar. Semua orang berkumpu agak lambat di bangunan Bioinformatik pada pagi itu. Sebelum bertolak ke rumah NURI, saya ditugaskan untuk memeriksa barangan yang akan dibawa ke rumah tersebut. Saya perlu memasktikan bahawa semua barangan yang digunakan untuk gotong-royong mencukupi serta meriksa bilangan setiap barangan tersebut. Apabila tiba di rumah tersebut, keadaan menjadi bertambah kacau apabila mendapati bahawa bilangan kanak-kanak NURI amat sedikit berbanding dengan bilangan yang dijanjikan Mamam Nora. Menurut pembantu rumah tersebut, masih terdapat segelintir kanak-kanak yang ke sekolah kerana terdapat kelas tambahan, lalu mereka akan mnyertai program tersebut selepas pulang.
  
Untuk mengumpulkan mereka bukanlah tugas yang mudah. Sebagai PIC untuk mengumpulkan semua orang dan memastikan mereka dalam kumpulan masing-masing amat menguji kesabaran saya. Hal ini kerana, anak-anak tersebut terlalu aktif dan enggan mendengar kata para fasilitatot, Para fasilitator pula sukar untuk menjaga anak-anak buah mereka sendiri menjadikan maa untuk mengumpulkan semua orang mengambil masa yang lama.Untuk menambahkan masalah yang sedia ada, makanan pada hari itu ampai amat lambat pada setiap waktu. Sebagai salah seorang yang bertugas untuk menjaga makanan, perkara ini tentulah menambahkan lagi stress saya pada hari itu. Walaupun sudah diingatkan berulang kali kepada Kak Ida, namun dia masih menghantar makanan hampir sejam lambat. Oleh itu, saya perlu menelefonnya setiap kali hampir tiba waktu makan untuk memastikan dia datang tepat pada waktunya. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak pembaziran yang berlaku terhadap makanan pada hari itu kerana jumlah peserta yang ada kurang dari separuh. Lalu, kami berikan lebihan makanan tersebut di masjid pada waktu Solat Jumaat, dan yang lebih diberikan kepada penduduk KK5 yang lapar.

Hari itu diteruskan dengan gotong-royong di rumah NURI. Saya ditugaskan untuk mengemas di kawasan khemah yang terletak di hadapan rumah tersebut. Aktiviti ini menjadikan saya bukan sahaja lebih rapat dengan mahasiswa Bioinformatik yang lain, malah anak-anak NURI itu sendiri. Mereka amat bersemangat untuk membantu saya membersihkan kawasan tersebut dan asyik meminta kerja untuk dibuat sehingga saya buntu untuk memberi tugas kepada mereka. Malang tidak berbau, saya terjatuh dalam satu lubang yang dipenuhi dengan sisa-sisa sampah dan benda-benda yang tidak dikenali yang berbau seperti muntah. Tiada perkataan yang mampu untuk menggambarkan perasaan saya pada waktu itu. Namun, kekotoran itu  membuatkan saya tidak kisah lagi untuk membersihkan longkang yang kotor itu. Alang-alang sudah kotor, lebih baik saya buat sesuatu yang berguna. Adalah hikmahnya di sebalik kejadian itu rupanya.

Saya berasa amat penat dan geram dengan sesetengah anak-anak NURi yang enggan mendengar kata dan hal ini telah memberi kesan kepada tentatif  program pada hari itu. Banyak program yang terpaksa dibatalkan dan masa setiap program tidak menepati waktu yang telah ditetapkan hingga menyebabkan program itu habis agak lewat berbanding dengan waktu yang dijangkakan.

Sewaktu post mortem hari pertama, banyak benda yang telah diutarakan oleh semua orang. Kami membuat kata sepakat untuk membuat system bintang di mana kumpulan yang mengumpul bintang yang terbanyak akan diberikan hadiah dan ini mungkin cara untuk menarik perhatian kanak-kanak tersebut. Bagi masalah makanan pula, saya mencadangkan untuk memberitahu Kak Ida bahawa jadual makanan akan diawalkan sejam awal dari waktu sepatutnya agar makanan akan tiba tepat pada masanya. 
-Putri Nur Fatin-

No comments:

Post a Comment