The 3 Days (MEMORABLE DAYS)

Pada hari pertama,iaitu hari jumaat (23.03.2018),kami semua bertolak dari UM pada pukul 7 lebih.Apabila tiba di sana, perkara yang paling menyedihkan sekali ialah bilangan budak di rumah NURI tak seperti yang kami jangkakan.Hanya 20 orang lebih sahaja yang ada pada hari itu.Banyak juga perkara yang kami kena ubah.Sebagai biro program,aku agak cemas dan cepat2 aku fikir nak buat game apa la untuk diorang ni.Sebab diorang agak bosan dengan sebabnya hari ini kami buat gotong-royong.Kelemahan kami pada hari first ni ialah ,no back up plan,as biro program aku mengaku banyak sangat kekurangan kami hari ini.Then,malam tu ada post mortem, banyak juga nampak ketidakpuasan hati walaupun ada yang tak bersuara,tapi nampak terlakar di wajah masing-masing.Disebabkan oleh Dr menegur pada hari tu,x nampak sangat PIC yang bertugas ,so lepas post mortem aku dengan Rehana mengkaji semula kerja PIC untuk esok hari supaya perjalanan esok berjalan dengan lancar.

(24.03.2018)-Sabtu,pada hari itu adik2 memberi reaksi yang baik kepada kami. On this day, I incharge bahagian explorace.Aku suba untuk menjalankan tugas aku sebaik mungkin,Alhamdulillah it goes well.Pada hari ini jugakla, PIC yang terlibat semua menunjukkan kerjasama yang baik dan sangat nampak improvement dari hari semalam.

(25.03.2018)-Ahad,hari yang paling lawak,sedih dan sangat meberi kesan kepada kami semua.Yang lawaknya,ialah aku tertinggal plak pagi tu dekat kolej .Dah sampai baru sedar.Lepastu tak pe la.Lepas sahaja aku incharge game origami tu ,aku pergi ambil plak dengan Dr.Arpah,Putri,Adilah,Solihin dan Arif dengan menaiki van sebab sebab alang-alang nak beli barang untuk bagi dekat rumah tu, so aku pun ikut sekali.Bila majlis penutup dah nak bermula,Dr.Arpah tanya plak ada kat mana.Then, time tu baru teringat yang aku tertinggal lagi plak dalam van.Apala yang jadi kat aku hari tu.Semua lupa,HAHAHAHA..hari tu jugak la menjadi hari yang sangat sedih untuk kami semua sebab dah nak berpisah.Aku tahan nangis je bila tengok diorang nangis.Tapi bila masuk je dalam van,air mata aku dah jadi macam air terjun....Huhuhu..post mortem hari tu pun ramai di antara kami meluahkan isi hati masing-masing, dan dah nampak kemesraan antara kami semua.

Pegalaman di Rumah NURI, melupakan pengalama yang paling indah buat aku, dan aku rasa bersyukur sangat ada program jalinan masyarakat ni. Dan aku sedar,ada hikmah di sebalik semua yang berlaku iaitu tempat yang kami pilih,bilangan budak yang ada kat situ dan macam2 lagi la.Semua berlaku atas kehendak Allah S.W.T.-Alhamdulillah-

By: (Azwarozy)

No comments:

Post a Comment