Week 5 : 5th Meeting

5th Meeting

Dub dub dub dub dub...itu bunyi jantung aku berdengup kencang di saat tersedar bahawa program ini akan berlangsung dalam masa 2 minggu lagi!! Aku tak pasti apakah reaksi yang patut aku beri..is this really happening? Pening aku memikirkan pelbagai perkara yang mulai timbul pada minggu ini...kadang-kadang terasa seperti hendak mendaki lubang dan duduk di lubang itu sahaja. Namun, aku setiap kali itu terjadi, mujur ada Rehana, dia juga turut berkongsi stres yang aku alami dan sering membantu aku dalam menyelesaikan masalah-masalah yang muncul.

'The lesser the day the more work to be taken care of, the more stress we faced". Kenyataan ini amat sesuai untuk menggambarkan keadaan kami sekarang. STRESS!!! Salah satu masalah yang dialami adalah bajet. Hari makin dekat, namun wang untuk menampung program ini masih tidak mencukupi. Sejujurnya, program ini memakan jumlah wang yang agak banyak jika hendak dibandingkan dengan program jalinan masyarakat pelajar lain. Untuk mendapat tajaan wang ringgit dalam masa yang singkat ni bukan perkara mudah dan memakan masa. Kekadang aku berharap agar program ini akan bertukar tarikh but the faster it is, the faster our program will be done and we can just focus onn the report. I'm not sure which one  will be better though😩 Sesungguhnya ketabahan serta sifat tidak berputus asa amat penting dalam melakukan persiapan bagi program ini. Aku harus berfikiran positif kerana tidak berguna aku hanya memikirkan dilema yang dialami. Sepatutnya akku gunakan masa itu untuk memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dialam. Tetapi tidak apa, aku anggap ini proses pembelajaran...setiap yang terjadi akan mematangkan kita dan menjadikan kita lebih kuat untuk hadapi perkara yang lebih besar lagi pada masa hadapan.Sekian daripada saya,Putri pada pos yang kali ini. Kita jumpa lagi pada post yang seterusya. Saya harap minggu yang akan datang akan hadir berita baik untuk program ini.

Mood : 5

What I want to throw : All the annoying minor problem that shouldn't occur in the first place


What I want to keep : Helpful people who listens to my rants and do something about it

"God will never give you more than you can handle"


- Putri Nur Fatin -

No comments:

Post a Comment