Minggu Ke-7 dan Sebelum Program Bermula.. :)

Assalamualaikum. Hai Semua.. Pada minggu ini, last untuk buat persediaan dari segi mental dan fizikal masing-masing. Untuk pengetahuan semua minggu ini lah hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad kami semua akan menjalankan program Jalinan Masyarakat Di Rumah NURI selama 3 hari 2 malam. Pada minggu lepas kami semua membuat donation drive lagi untuk mencukupkan duit kami yang tidak cukup lagi. Alhamdulillah kami sudah mendapatkannya, orang-orang memberi sumbangan yang banyak kepada kanak-kanak Rumah NURI. Target yang kami nak dapatkan, sudah tercapai akhirnya.
Seterusnya,pada minggu ini juga kami berlatih dan training fasi untuk program kami berjalan dengan lancar dan baik. Seterusnya lagi tentang t-shirt program kami akan dapat pada hari Khamis dan saya yang akan ambil t-shirt tersebut. Saya berasa tidak sabar untuk memakai t-shirt itu. Apa yang saya boleh bagi refleksi ialah saya berasa gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan kanak-kanak di Rumah Nuri dan saya juga berasa takut apa yang kami rancangkan akan menjadi lain pula, tetapi kami ada plan A dan plan B. Saya juga berasa sedih minggu depan je last saya boleh menulis blog untuk program ini. Setakat ini saja saya dapat ceritakan sebab kawan saya dah banyak cerita. Berjumpa blog sekali lagi, saya ceritakan tentang program yang kami jalankan selama 3 hari nanti. Bye3 semua... :)


Posted by: Nor Adilah Bt Mohd Shukri



No comments:

Post a Comment