Perjalanan Program Jalinan Masyarakat Sains Bioinformatik Universiti Malaya 2017/2018
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Apa khabar semua?
Pada 23 March 2018 (Jumaat) yang
lalu, kami telah menjalankan projek jalinan masyarakat seperti yang telah
dijadualkan dalam entri sebelum ini. Pertama kali menjejakkan kaki di Rumah
NURI ini, semua ahli kelihatan sungguh teruja dan bertenaga untuk menjalankan
aktiviti seperti yang telah dirancang. Kami berkumpul jam 6.45 pagi dan
bertolak dari Universiti Malaya pada jam 7.00 pagi dan sampai di Rumah NURI sekitar
jam 8.00 pagi. Kehadiran kami telah disambut dengan baik dengan Tok Mek dan
seluruh penghuni Rumah NURI. Hari pertama kami dimulakan dengan sesi
ice-breaking pada jam 9.00 pagi di mana fasilitator memperkenalkan diri
masing-masing kepada kanak-kanak Rumah NURI dan kanak-kanak juga memperkenalkan
diri masing-masing sambil malu. Selepas itu, saya dan kawan-kawan lain
menyediakan makanan pagi kepada kanak-kanak dan sementara menunggu makanan
sampai sesi perkenalan diteruskan lagi. Seterusnya, kami melakukan aktiviti
gotong-royong pada hari ini. Gotong royong kami bermula dan habis lebih
awal daripada yang diharapkan jadi kami merancang satu lagi permainan untuk
memecahkan masa yang sia-sia. Pada hari pertama, kita tidak mahu membuang masa
selepas itu fasilitator mengadakan aktiviti lain supaya kanak-kanak di Rumah
NURI tidak bosan dan Dr. Arpah memerhatikan kami semua dan memberi cadangan
untuk menjayakan program kami dengan lebih baik pada keesokan harinya. Habisnya
aktiviti semua kanak-kanak menunaikan solat berjemaah dan selepas itu
kanak-kanak Rumah Nuri memberi refleksi pada hari pertama mereka. Berakirlah
sudah hari pertama kami di sana dan tunggu keesokan harinya pula…..
REFLEKSI HARI PERTAMA
Lawatan pertama ke Rumah NURI telah
banyak memberikan pengalaman baru yang cukup bermakna buat saya. Melalui
aktiviti yang telah dijalankan, kami berpeluang untuk mengenali dan beramah
mesra bersama mereka. Secara jujurnya, agak susah bagi kami untuk mengawal
kanak-kanak di sana kerana mereka begitu aktif. Beberapa aktiviti juga terpaksa
bertukar atas sebab-sebab yang tidak dapat dijangkakan. Selepas beberapa jam
meluangkan masa bersama mereka, kami dapat menyesuaikan diri dan dapat mengawal
situasi tersebut dengan baik. Harapan saya pada sesi akan datang, kami dapat
melakukan aktiviti dengan lebih teratur dan dapat pengalaman yang lebih
menyeronokkan.
Pada hari Sabtu bersamaan 24 March
2018 yang lalu, kami telah menjalankan aktviti di Rumah NURI. Kami berkumpul
jam 6.45 di Kolej Kediaman Kelima dan bertolak dari Universiti Malaya seawal
jam 7.00 pagi dan sampai ke destinasi yang dituju pada jam 8 pagi. Seperti
sebelum ini, kami memulakan aktiviti kami pada hari itu dengan senaman pagi
iaitu sesi memanaskan badan dan Zumba yang telah diajari oleh Nasrul. Pertemuan
kami pada kali pertama ini berjaya membuang rasa janggal di antara ahli
jawatankuasa dan juga kanak-kanak Rumah NURI ini untuk bergaul dengan mesra
memandangkan kami sudah kenal antara satu sama lain. Pada hari ini juga saya
dan kawan-kawan menyediakan makanan pagi untuk semua. Selepas makan pagi, kami
memulakan aktiviti iaitu Art dan Design dan seterusnya motivasi berkelompok.
Aktiviti ini boleh lagi mengeratkan hubungan dengan kanak-kanak, selain itu,
kanak-kanak dapat ilmu dari fasilitator dan banyak lagi aktiviti lain-lain
mereka dapat pelajari pada hari ini. Pada hari ini juga, kanak-kanak ini
melakukan aktiviti explorace yang dibahagikan kepada 5 tempat dan permainan
yang berlainan. Haaa.. lepas main semua itu, kanak-kanak berlatih dalam
kumpulan untuk pertandingan esok harinya. Semasa berlatih, Dr. Arpah membeli
Ais krim kepada kanak-kanak Rumah NURI. Selepas itu, kanak-kanak menunaikan
solat berjemaah dan memberi refleksi pada hari kedua mereka..Berakhir sudah
pada hari ini, kami semua bertolak balik ke Kolej Kediaman Kelima semua berasa
penat, tetapi perlu hadiri postmortem dulu baru boleh rehat.. Semasa postmortem
kami semua memperbaiki apa yang telah berlaku pada hari sebelum dan tidak akan
mengulangi lagi.
REKFLEKSI HARI KEDUA
Berdasarkan lawatan kedua kami ke
Rumah NURI, saya dapat simpulkan bahawa hari kedua berjalan dengan lebih lancar
dan teratur jika dibandingkan dengan hari yang pertama. Pelbagai masalah yang
dapat ditangani oleh semua ahli kerana masing-masing telah belajar daripada
pengalaman lepas dan membetulkan beberapa kesilapan. Strategi kami untuk
membahagikan kumpulan kanak-kanak amat berkesan dalam mewujudkan suasana
yang lebih tenang. Selain itu, hubungan kami bersama anak-anak di Rumah NURI
juga semakin erat dan lebih mesra, mungkin kerana mereka sudah semakin selesa
dengan kami. Apa yang saya pelajari tentang mereka ketika sesi persembahan
adalah mereka mempunyai bakat yang terpendam dan minat yang sangat mendalam
terhadap tarian serta nyanyian. Tidak lupa juga akan kanak-kanak kumpulan lain
yang membuat persembahan yang amat menghiburkan hati saya. Saya juga dapat
merasakan bahawa pada hari kedua, kepenatan yang dialami adalah kurang
berbanding hari pertama kerana strategi kami yang berkesan. Akhir kata, saya amat
berharap agar lawatan kami yang terakhir pada 25 March nanti akan berjalan
dengan lebih lancar dan ikatan ukhwah yang lebih erat dapat dibina di antara
kami dan kanak-kanak di Rumah NURI.
Program kami pada hari ketiga di
Rumah NURI menandakan program Jalinan Masyarakat kami di sini akan berakhir
tidak lama lagi. Para fasilitator begitu bersemangat kali ini untuk membuatkan
aktiviti yang telah kami rancang agar berjalan dengan lancar. Sewaktu kami tiba
di Rumah NURI pada 25 March yang lalu, kami tidak menyangka bahawa
kanak-kanak di sini akan menunggu ketibaan kami. Setibanya kami di situ, ada
beberapa orang kanak-kanak sedang menunggu di pagar sambil melambai-lambai ke
arah kami dan melaung-laung nama kami semua. Rupanya- rupanya mereka senyuman dan
tidak sabar ingin berjumpa dengan kakak dan abang mereka ini, Tindakan
kanak-kanak ini membuatkan kami semua berasa terharu dan tidak sabar untuk
menjalankan aktiviti pada hari ini. Kami seterusnya memulakan program kami
dengan senaman pagi. Namun kali ini, kami telah menggunakan pendekatan yag
berbeza iaitu dengan menggunakan 'step' daripada persembahan kanak-kanak
daripada sesi yang lepas untuk menarik perhatian mereka menyertai aktiviti pagi
kami. Tetapi saya tidak dapat join sekali kerana saya perlu buat persiapan
untuk makan pagi. Seterusnya kami melakukan aktiviti origami seperti origami
katak dan rama. Selain itu, aktiviti mengajar kanak-kanak bahasa English,
kanak-kanak di Rumah NURI berasa gembira dapat belajar bahasa tersebut.
Kemudian, saya Adilah, Putri, Solihin, Arif dan Dr. Arpah pergi beli barang
keperluan kanak-kanak untuk memberikan sumbangan kepada mereka. Semasa bertolak
untuk membeli barang dan kami tiba di Giant Batu Cave. Selepas itu, turun kami
semua dari van, Dr. Arpah melihat Secret Recipe dan membeli kek disana untuk
membuat kejutan hari jadi bulan Ferbruari, March dan April sekali di Rumah NURI
untuk memgembirakan kanak-kanak di sana. Selesai membeli kek, kami semua
mencari barangan untuk diberikan kepada Rumah Nuri dan senarai baranagn semua
kami dah listkan dan habis kami beli, selepas itu, kami semua bergegas untuk
pulang ke Rumah NURI, Tetapi, sewaktu pulang, kami pergi makan di kedai yang
berdekatan disana, saya juga nak berterima kasih kepada Dr. Arpah sebab belanja
kami semua makan, Dr. Arpah memang baik orangnya.Seterusnya, kami dah sampai di
Rumah Nuri dan mengankat barangan yang dibeli dan kami tidak mahu kek yang kami
bawa ternampak oleh orang yang akan kami beri kejutan, haaaaa, kami diam2
mengangkat kek itu bergegas masuk dalam Rumah Nuri. Selepas itu, saya dan
kawan-kawan lain menyiapkan persiapan untuk Prof Sarinder datang Di Rumah NURI.
Selesainya makan semua kami merancang untuk mereka semua buat refleksi menutup
mata dan kami akan memberi kejutan kepada yang menyambut hari jadi tersebut.
Kami semua makan dan bergambar dengan kanak-kanak disana, seterusnya balik ke
UM.
REKFLEKSI HARI KETIGA
Lawatan kami pada Ahad yang lepas menandakan
hari yang terakhir kami akan meluangkan masa bersama mereka. Berakhirlah sudah
ketiga-tiga lawatan kami ke Rumah NURI. Apa yang saya ingin katakan ialah, ia
merupakan satu pengalaman yang berharga dan bermanfaat buat saya dan
rakan-rakan. Walaupun saya berasa lega dan gembira kerana telah menghabiskan
program kami bersama kanak-kanak NURI, tetapi tidak dinafikan saya juga berasa
sedih untuk berpisah dengan mereka kerana telah meluangkan masa bersama selama
tiga hari. Berbeza dengan lawatan pertama dan kedua kami, lawatan terakhir ini
saya dapat merasakan ikatan antara kami semakin kuat. Setibanya kami di sana,
mereka menyambut kedatangan kami dengan mesra dan memberi senyuman pada hari
kedua kepada kami dengan perasaan gembira. Selain itu, aktiviti yang kami
jalankan juga semakin teratur. Kanak-kanak di situ begitu bersemangat apabila
bermain “indoor games dan ourdoor” yang telah kami jalankan. Keseronokan yang
terpancar di wajah mereka membuatkan saya turut berasa seronok dan gembira.
Semasa upacara penutup, kami bergambar bersama kanak-kanak di sana dan
sesetengah daripada mereka mengungkapkan rasa sedih kerana ia merupakan hari
terakhir kami bersama mereka. Saya berasa sebak dan pada masa yang sama turut
berasa sedih. Saya berharap agar kehadiran kami sedikit sebanyak dapat
mengembirakan hari-hari mereka. Sejujurnya, ini adalah pengalaman yang tidak
akan pernah saya lupakan. Tidak lupa juga pada Dr. Arpah yang banyak membantu
kami menjalankan program kami di Rumah NURI dan berterima kasih kepada Dr.
Arpah yang baik melayan kerenah kami semua. Saya juga nak berterima kasih kepada
Rumah Nuri ,Mama Nora dan Kawan-kawan saya yang berjaya menjayakan program ini.
Bye3 semua...
Posted by: Nor Adilah Bt Mohd Shukri
No comments:
Post a Comment