Hari Ketiga


Sesi bergambar bersama adik-adik Rumah NURI

  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Amir. Setiap yang bermula, pasti ada pengakhirannya. Begitu juga projek Jalinan Kemasyarakatan kami ini. Hari ini 25 Mac 2018 merupakan hari terakhir kami bersama adik-adik Rumah NURI. Cuma pada hari ini, aktiviti kami agak terhad disebabkan sebahagian bilangan adik-adik Rumah NURI terpaksa menghadiri program bersama badan organisasi luar. Walaupun kami lewat mendapat maklumbalas daripada pihak NURI akan hal ini, kami masih lagi bersikap profesional dan fleksibel dan mengambil tindakan dengan menambah sedikit aktiviti yang hanya memerlukan penglibatan adik-adik  Rumah NURI dengan jumlah yang sedikit seperti latihan persembahan dan persiapan Majlis Penutupan Projek Jalinan Kemasyarakatan Bioinformatics 17/18. Selain itu, keadaan bertambah cemas semasa majlis penutupan bermula kerana disebabkan cuaca yang tidak menentu(Hujan). Tetapi kami bersyukur kerana telah menyediakan persiapan terhadap masalah ini sekiranya ia berlaku. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada Dr. Arpah kerana mengingatkan kami akan kejadian ini sebelum projek kami dijalankan.



Gambar sambutan hari lahir oleh para fasi dan adik2 NURI
   
    
 Jadi, majlis penutupan pun berlangsung di ruang hadapan di dalam Rumah NURI. Seterusnya, saya berasa sedikit terkejut akan kejutan yang diberi oleh rakan-rakan kelas saya yang mengadakan sambutan majlis hari jadi bagi para fasilitator dan adik-adik Rumah NURI yang lahir pada bulan Februari, Mac dan April. Saya berasa terharu akan sifat menghargai orang lain seperti yang ditunjukkan oleh rakan-rakan saya. Cuma pada akhir sekali, kami berasa sedikit terkilan kerana sebahagian adik-adik NURI yang menghadiri program luar tersebut hanya sempat bersama kami sewaktu di penghujung majlis penutupan itu berlaku. Setibanya waktu perpisahan berlaku, apa yang saya dapat lihat adalah reaksi antara para fasilitator dan adik-adik Rumah NURI yang sedang dalam keadaan sedih. Hal ini menjelaskan hubungan keakraban antara kami yang tercipta serta memberi kesan yang agak mendalam di dalam diri kami. Semoga hubungan yang terjalin ini dirahmati oleh Allah S.W.T. dan memberi nilai dan kesan positif untuk kami meneruskan kehidupan seperti biasa.
Gambar diambil sebelum berangkat pulang ke UM
 

No comments:

Post a Comment