Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai! Nama saya Amir. Untuk hari kedua
ni, aktiviti yang dilakukan adalah lebih kepada aktiviti-aktiviti luar seperti
Zumba, Cowboy Shoot, Explorace, Riadah Santai. Hari itu juga kami turut
sertakan slot pembelajaran yang menekankan subjek bahasa Inggeris dan bahasa
Mandarin. Kerjasama yang diberikan oleh adik-adik rumah NURI sangat
memberangsangkan dan menaikkan lagi semangat
kami untuk menjayakan projek ini. Selain
itu, kami juga mengadakan slot Motivasi Berkumpulan di mana sesi perkongsian
permasalahan dan tips-tips belajar diantara para fasilitator dan anak-anak
Rumah NURI. Semoga dengan adanya slot ini, sedikit sebanyak dapat menyelesaikan
permasalah yang dihadapi oleh adik-adik Rumah NURI.
![]() |
| Star Board yang menunjukkan markah untuk setiap kumpulan |
Apa yang saya
pelajari untuk hari kedua sepanjang kami berada di sini adalah di samping
menuntut ilmu, kita juga perlulah melakukan aktiviti riadah seperti aktiviti
yang diadakan dalam projek kami ini agar kesihatan diri kita terjamin. Hal ini
menepati slogan gaya hidup sihat iaitu, Badan
Sihat Otak Cerdas. Di samping itu, sekiranya kita memiliki masalah, kita
boleh berkongsi masalah yang dihadapi bersama orang lain agar mereka sedikit
sebanyak dapat membantu kita dalam menghadapi masalah tersebut seperti yang
ditunjukkan dalam slot motivasi berkumpulan.Sekian, itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk hari kedua. Terima kasih. >_<



No comments:
Post a Comment