Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum program SE kami
berlangsung. Semua perasaan seperti suka,kecewa,sedih dan takut bergabung
menjadi satu. Saya masih lagi tak bersedia dan percaya bahawa minggu depan kami
akan melaksanakan program. Walaubagaimanapun apa yang boleh kata kerana masa telah
pun ditetapkan. Nampaknya saya harus redha akan ketentuan ini demi adik-adik di
sana. Minggu inilah di mana semua persiapan dan donation drive dilakukan. Hal ini
amatlah menggusarkan hati kami kerana kami kerana kami mengalami masalah
kewangan. Namun begitu perkara ini tidaklah mematahkan semangat kami untuk
memberikan segala usaha yang terbaik untuk program ini. Walaupun pelbagai
cabaran dan rintangan kami hadapi, kami akan terus berusaha sehabis baik demi
memastikan program ini berjaya. Kami tidak boleh lemah dan goyah. Kami akan
menunjukkan kepada adik-adik di sana bahawa abang-abang dan akak-akak di sini
adalah orang yang kuat dan tidak mudah mengalah. Kami ingin menjadi sebagai
role model untuk adik-adik di sana. Oleh itu adik-adikku sekalian, tunggulah
ketibaan abang-abang dan akak-akakmu di sana nanti.
#NEVER GIVE UP
#BE STRONG
#LOVE IS POWER
AHMAD ABDIN
No comments:
Post a Comment