Pada hari jumaat yang lalu, semua pelajar bioinformatik
tahun 1 telah melakukan projek “Donation Drive” bagi mendapatkan sedikit
sumbangan dalam melaksanakan projek Jalinan Masyarakat kami di Pusat Penjagaan
Nuri. Semua pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
pertama di Taman Tun Dr Ismail dan kumpulan kedua di Pasar Seni. Sesungguhnya
untuk meminta sumbangan dari orang ramai adalah sangat susah kerana banyak
proses yang perlu kami lakukan sebenarnya walaupun kami telah mendapat surat kebenaran
dari pihak UM. Walaubagaimanapun masalah ini tidak menjadi penghalang kepada
kami dalam meminta sumbangan dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
walaupun ada sedikit masalah yang kami hadapi. Melalui projek ini saya dapat lihat pelbagai ragam manusia yang
berlaku di sekeliling kami dalam meminta sumbangan. Ada yang bersifat ramah dan
baik hati serta ada juga yang bersikap tidak senang akan kehadiran kami.
Beginikah rasanya seorang pengemis dalam meminta duit kepada orang ramai dalam
mendapatkan sedikit makanan untuk mereka dan anak-anak mereka. Sesungguhnya
projek ini mengajar saya untuk menjadi orang yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang
dikurniakan Tuhan serta untuk menolong orang yang dalam kesusahan. Ribuan
terima kasih saya ucapkan kepada semua orang yang telah menolong dan memberi
sumbangan kepada kami. Jasa anda semua amatlah kami hargai.
AHMAD ABDIN
No comments:
Post a Comment