Minggu Ke-5

Assalamualaikum semua, Hello korang, berjumpa semula saya Nor Adilah ketua biro Tajaan. Saya nak ceritakan pembentangan pada minggu ini sangat menarik kerana setiap biro akan membentangkan apa yang akan dilakukan oleh diorang pada sebelum dan selepas program bermula. Kawan-kawan saya pun banyak menceritakan tentang ini, minggu ini juga kami meneruskan jualan kek dan kemungkinan pada minggu depan kami semua tidak lagi menjual kek kerana kami merancang untuk meminta sponsor daripada syarikat-syarikat dan kedai yang boleh memberi sumbangan dan derma kepada budak-budak yang ada di Rumah Nuri. Saya berasa gembira kerana program kami tak lama lagi, saya juga berasa sedih kerana kami semua tidak ada masa untuk membuat aktiviti bersama kerana semua sibuk dengan kerja masing-masing. Oleh itu, dengan kesempatan yang ada saya akan memberi masa dan membuat yang terbaik untuk program ini. Setakat ini saja korang sebab kawan saya yang lain pun dah cerita semuanya. Saya sahaja ringkas ceritanya untuk korang tahu jugak apa yang saya dapat pada minggu ini. Bye3....



Posted by: Nor Adilah Bt Mohd Shukri

No comments:

Post a Comment