Hari Pertama event kitorang . Weee

YEEEHAAA.
Hari yang ditunggu-tunggu daripada awal sem sudah tiba. Masa nie cuma berharap apa yang kitorang dah plan berbula-bulan lamanya berjalan dengan lancar. Perjalanan nak pergi tu excited lah, macam mana lah erk agaknya keadaan rumah dan budak2 dekat situ. Masa tu fikir, budak2 tu dah bangun ke belum, sebab awal jugak lah kitorang sampai. Lebih kurang 20 minit jugak lah daripada UM. Bila je dah sampai, first impression aku dekat rumah nie, kecik nya rumah nie. Muat ke 60 orang dduk rumah nie . Tapi bile first2 sampai je, aku tgok tak ramai pon budak2nya . Ada dalam around 20+ je yang aku nampak. Masa tu dah fikir, macam mana nie nak buat aktiviti nie sebab budak2 terlampau sikit.

Ni lah rumah Pusat Jagaan NURI nie
Tapi tokmek cakap ada budak2 yang akn datang tengah hari nnti. Lepas kitorang letak semua barang2 dekat pondok rumah tu. Then, kitorang panggil lah semua budak2 keluar sebab kat luar tu lebih luas. First yang kitorang buat adalah ice-breaking. Masa dorang tengah perkenalkan diri, aku yang duduk tepi nie tgok lh sorang budak nie. Tengah naik basikal tapi basikal rosak lah. So aku try lah pujuk dia suruh dengan kawan2 tapi dia tak nak. Agak berbuih jugak lah aku nak suruh dia pegi dengan kawan2. Lastnya, aku terpaksa layankan dia naik basikal. Masa nie aku dah risau, kenapa nakal sangat nie. Macam mana aku nak layan dorang nie.
Lepas dah habis ice breaking tu, kitorang still macam blur2 jugak lah nk buat apa, sebab ice breaking habis awal. So , kitorang biarkan budak2 tu main2 kat taman. Tapi aku nie jaga budak yang nakal sikit, Fyi nama dia Iyyad. Iyyad nie dah lah kecik lagi rasanya umur dia 4 tahun. Lari sana lari sini, aduhh. Boleh kurus nak jaga dia nie. Nak suruh dia masuk rumah untuk sarapan pon susah huii.

Nie sesi ice breaking
Lepas dah sarapan tu kitorang start dengan aktiviti gotong-royong . Aku PIC untuk aktiviti nie. So, aku dah siap agih2 kan kumpulan mana yang kena kemas bawah khemah, luar rumah dengan dalam rumah. Kumpulan aku kena kemas dalam rumah, dan lebih specific aku kemas bahagian dapur. Hurmm. Tak tahu lah nak cakap apa  masa first time masuk dapur tu . Rasa macam boleh istighfar banyak kali lah. Masuk je dapur, apa yang aku fikir, “ Nak start buat dari mana ?” Seriously semua bersepah, berhabuk, kotor lah senang citer.
Aku start lah kemas bahagian almari tempat2 simpan tupperware, periuk apa semua tu.. Semua barang2 kat situ perlu cuci, sebab kotor, bukan setakat berhabuk je tau. Ada nasi2 melekat lah, kotor melekat. OHMAII. Aku bawak semua yang nak dibasuh kat luar, chinese girl dengan aku basuh barang semua tu. Ada satu tupperware tu tak tahu nak cakap apa. Nyiam yang bukak then, dia cakap nie macam ada najis. Haha. Apa lagi, buang terus lah tupperware tu. Tak sanggup wey nak basuh semua tu sebab bukan kotor sikit TAPI sangat.
Bile dah siap basuh semua tu, aku masuk balik dapur nak susun barang2 tu, nampak lah Amir dengan Fahmida tengah cuci tandas. HAHA. Masing muka tak rela nak cuci. Lagi2 part Amir yang kena angkat jeans yang berlendir, kotor yang digunakan sebagai alas kaki. Lagi tak rela muka dia kena angkat. Semua alas kaki yang jeans tu kitorang buang sebab terlampau kotor dan berlendir.
Bukan setakat dekat dalam rumah je yang kelakar. HAHA. Aku yang tengah cuci2 barang tu tetibe Putri berlari dari luar dengan kasut kotor, menuju tempat aku tgah basuh. Rupanya dia termasuk kan kaki dia dekat satu lubang. Macam muntah ,yukk. Tak tahu nak describe macam mana, yang penting aku rasa nak muntah bila tgok .HAHHA . macam2 hal terjadi masa aktiviti gotong-royong nie. Padahal baru beberapa jam dan baru je tingkat bawah kitorang kemas , tak termasuk tingkat 2 sebab Mama Nora takde.
Alhamdulilah siap lah gotong royong tu around 1 pm rasanya. Fuh. Masa dah siap gotong-royong tu seriously mmang barai dan penat sangat2. Tak sempat nk duduk langsung masa tu sebab mengemas tu. Then, masa nie jugak baru kitorang tahu akan ada orang azan tepat pada waktu nya. Kanak2 rumah jagaan NURI ni diajar supaya solat pada awal waktu. Bila tiba waktu solat, mereka akan laungkan azan dan solat berjemaah. Alhamdulilah.

Ni masa sesi gotong-royong kat bahagian luar
Sepatutnya pukul 2 smpai 4.30 petang tu kitorang ada lagi gotong-royong. Tapi disebabkan dah habis awal, so kitorang tukar tentatif yang baru, Kitorang main game dengan dorang, seronok2.Masa nie seriously lah tak ramai sangat nak join kitorang buat game. Macam ,”apa benda akak dengan abang nie buat”. Macam tu lah reaksi muka dorang.

Nie first game yang kitorang main dengan dorang.
Dah selesai main game tu, around pukul 5.30 macam tu ikut tentatif kitorang akan buat latihan persembahan for closing ceremony. Masa kat luar tu, seriouslah semua fasi macam blur tak tahu nak buat apa. Budak2 semua berterabur bila kitorang panggil kumpul, tapi kitorang sendiri tak tahu nak buat apa. Budak2 semua berpecah balik, ada tu aku dengar ada budak cakap macam nie “Kalau lambat macam nie, dah boleh sampai KL”. Serious mmang masa tu berterabur, tk tahu nak buat apa sebab tentatif program berubah semuanya.
Lepas Rehana dah bagi arahan apa semua yang kena buat, kitorang berpecah ikut kumpulan yang ditentukan. Dan setiap kumpulan perlu fikir nak buat apa masa closing ceremony. Lastnya, semua kumpulan dah decide nak buat cheers during closing ceremony. Group aku ada sorang budak yang umur 16 tahun , masa kitorang cadangkan cheers tu, dia just tgok je. Mmang menunjukkan muka tak berminat lah nak join . Masa nie aku dah risau gak, macam mana nak ajak dia join sekali nie, takut lah kalau esok dia tak datang lagi then cakap akak2 and abang UM nie membosankan.
Kitorang berlatih lah cheers nie sampai lah pukul 7 then tunggu solat maghrib. Lepas makan apa semua tu, around 9 pm dah kemas2 nak balik. Seriously , balik UM masa tu masing2 barai dan koyak. Habis tu ada post-mortem pulak.Post mortem nak dekat pukul 12 lebih jugak baru habis. Mmang banyak benda lh yang Rehana tegur, Yup semua orang nampak mmang banyak kesalahan yang berlaku masa first day dan aku harap masa 2nd day akan lebih lancar lagi. Harapnya begitulah. Tamat lah hari pertama dekat Pusat Jagaan NURI ini.
Apa yang kena perbetulkan untuk hari pertama ialah fasi perlu bekerjasama dalam semua aktiviti. Semua fasi kena lah dengar arahan daripada pengarah kalau tak berterabur semua. Perlu jugak kuatkan bonding antara budak2 dengan kite.

~ERNI MASTURA~

No comments:

Post a Comment