Assalamualaikum, Selamat sejahtera. Apa khabar semua? Haaa,, bertemu semula kita pada minggu ini, minggu terakhir untuk buat persediaan untuk minggu hadapan kerana Program di Rumah NURI itu bermula minggu depan sahaja. Saya Adilah ketua biro tajaan rasa risau jugak tentang kewangan kami semua yang tidak mencukupi untuk menampung program ini, tetapi kami semua akan berusaha agar dapat mencari derma dan tajaan dari kedai, syarikat dan lain-lain. Pada minggu ini saya nak menceritakan tentang meeting kami semua bersama Dr. Arpah. Setiap minggu kami akan buat mesyuarat dan membentangkan tentang perkembangan dan maklumat perubahan setiap minggu. Sebelum memulakan meeting saya berikan strawberry kepada Dr. Arpah. Semoga Dr sukakan lah yang saya bagi yang tak seberapa itu. Pertama sekali, Bendahari menceritakan budget yang kami semua dapat. Contohnya, jualan kek, keropok, air mineral, derma setiap kedai dan syarikat, dan lain-lain. Seterusnya, Tajaan pula, iaitu saya ketua biro tajaan dan kawan-kawan saya yang ada dalam tajaan. Setiap orang ada tugas masing-masing akan membentangkan dan akan update apa yang berlaku tentang tajaan dan jualan. Apa yang boleh saya ceritakan pasal tajaan ialah tentang jualan kek, pada minggu ini kami tak menjual kek sudah, ramai kawan saya berasa gembira dan ada yang sedih jugak kerana tak jual kek.
Selain itu, ada yang tidak menjual kek, diorang akan mengumpul setiap orang sebanyak dengan jualan kek. Senang cakap sama rata lah kerja kami semua dan adil kalau tengok kan? Seterusnya, tentang jualan keropok. Jualan keropok minggu ini, Nak dikatakan Alhamdulillah senua dah habis dijual sebanyak 88 pek keropok. Minggu ini memang saya cerita banyak sikit, dah minggu ini terakhir untuk kami semua nak buat persediaan. Untuk tabung dana, pada minggu ini kami semua akan buat donation drive pulak, tapi tempat lain lah, sebabnya, duit kami untuk program ini ada sikit lagi tak cukup. Kami akan pergi ke empat tempat untuk mintak derma dan tajaan daripada syarikat dan kedai. Oleh itu, kami semua akan pergi hari jumaat ini. Yang benda lain tenang tajaan dah selesai yang itulah kami ahli biro tajaan membentangkan pada minggu ini.
DAAHHH Sudah tentang tajaan, Program dan Protokol pulak, diorang semua akan mengubah balik tentang tentatif dan lain-lain. Tentang biro logistik iaitu makanan akan buat perubahan berapa kali makan dan apa menu yang ada, ahli diorang akan update sebelum memulakan program tersebut. Penginapan pulak, kami semua akan tinggal di KK5, ahli diorang akan memastikan semua orang boleh tinggal disana. Satu lagi biro logistik uruskan iaitu pengakutan, Alhamdulillah kami semua naik van pergi ke Rumah Nuri nanti. Akhir biro multimedia, update diorang tentang banner dan lain-lain.
Ada lagi saya nak beritahu, selepas habis meeting Dr Arpah nak jumpa dengan semua Ketua Biro untuk adakan meeting tentang budget yang ada sekarang pada esok harinya. Pada hari itu, Dr Arpah Tanya pasal duit yang ada dan duit yang tidak cukup lagi, lepas tu kami semua cakap akan buat donation drive lagi kerana duit tidak cukup lagi untuk bayar makanan dan lain-lain. Yang terharunya Dr Arpah bagi roti setiap orang, saya nak ucapkan terima kasih kepada Dr. Arpah sebab bagi roti dekat kami semua. Itu lah yang dibincangkan pada minggu ini.
Posted by: Nor Adilah Bt Mohd Shukri
A blog made for sharing the progress of our upcoming Social Engagement activities at Pusat Jagaan Nur Insan Setapak KL, https://nurisetapak.weebly.com/tentang.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Day 2 After the post-mortem session in the late day 1 night, we had to wake up in the early morning again before departing to NURI. Since...
-
[23 March 2018 (Friday)] ‘Children are a heritage from the LORD, offspring a reward from Him.’ – Psalm 127:3 I woke up late aroun...
-
Hello~, I am Hui Yuan. Nice to meef you all again. In this week meeting with our Social Engagement (SE) teammates, I have presented about...
No comments:
Post a Comment