Yeah. Kita sambung cerita minggu lepas punya. Beberapa hari yang lepas 12/2/18 kitorang dah buat 2nd meeting. Masa 2nd meeting nie, kitorang kena buat dalam keadaan yang formal. So, sebelum Dr.Arpah meeting tu, Rehana dah ajar macam mana nak sahkan meeting mesyuarat. Yelah, kitorang nie kira first time jugak lah hadir dalam mesyuarat nie kan. So, bila 2nd meeting nie dah start, Amir dengan Jeremy yang sahkan meeting kali ini. Baru lah saya tahu macam mana meeting formal ni dilakukan sebab biasanya buat dalam informal je.
Rehana mulakan mesyuarat nie dengan memberitahu Dr.Arpah bahawa kitorang akan buat site visit ke rumah NURI tu.Kitorang hantar 10 wakil untuk tinjau keadaaan kat sana supaya lebih mudah nak buat program atau aktiviti. Sayang sangat masa tu tak dapat nak ikut sebab ada kelas pukul 2 petang. Kelas English pulak tu, so terpaksa hantar ahli yang lain. Sebabnya dorang anggar pergi dalam pukul 10 pagi sampai 3 petang. So tak dapat lah nak join, rasa sedih jugak lah sebab nak tahu jugak rumah tu kat mana, budak2 kat situ macam mana, nak berkenalan dengan penyelia rumah tu jugak . Tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan. Takpelah berkenalan masa hari program tu dijalankan je lah, InshaAllah.
Then, masa 2nd meeting nie jugak, Adilah bagitahu kat kitorang yang kita semua perlu menjual balik kek coklat dan kek velvet. Katanya setiap sorang perlu menjual at least 7 kek. Ni je lah cara kitorang nak dapatkan dana dan ni je lah kutipan dana yang banyak. Jualan kek ni kitorang dah start daripada sem 1 lagi, so untung memang agak banyak jugak lah. So, sem nie pon kitorang perlu jual lagi sebab tak jumpa lagi company yang sponsor kitorang. Sepanjang perjualan kek sem lepas, susah jugak lah nak laku, lagi2 kek tu cuma tahan lebih kurang seminggu je. So, kitorang kena lah habiskan dalam tempoh seminggu kek tu. Masa nie, memang spam semua group yang ada lah, tapi tu lah tak banyak permintaan. Nak habiskan 7 kek je pon susah, sebab persaingan banyak. Ramai sangat yang jual kek coklat masa tu tapi alhamdulilah dapat habiskan jugak penjualan tu walaupun agak slow sikit.
Biro logistik masa nie bagitahu tentang penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Dorang nak tempah hotel yang berharga RM 72 kalau tak silap saya lah. Tu lah hotel yang paling murah dan dekat dengan tempat NURI tu. Tapi masih tak confirm lagi, Dr.Arpah mencadangkan kitorang duduk dekat homestay sebab rasanya harganya lebih murah berbanding dengan hotel. Saya pon rasa macaam tu jugak, tapi dorang cakap tiada homestay yang berdekatan dekat situ. Rasanya next week baru confirm kan betul2 kitorang nak menginap dekat mana. Then, dalam soal makanan pulak, Dr.Arpah suruh take note kalau ada siapa2 di antara kitorang atau kanak2 di rumah NURI mempunyai sebarang allergy terhadap sesuatu makanan ataupun vegeterian. Sebabnya, Biro logistik dah kena start cari makanan selama 3 hari program tu berlangsung.
Kos ni bukan sahaja mengajar saya macam mana nak menguruskan satu event , malah menguatkan lagi soft skill saya untuk berhadapan dengan orang ramai, lagi2 masa nak jual kek tu. Sebabnya jual directly lebih mudah laku berbanding dengan social media. Habislah 2nd meeting saya, so jumpa minggu depan ye kawan kawan.
~ERNI MASTURA~
No comments:
Post a Comment