Minggu Kedua

Minggu ini kumpulan kami telah membentangkan hasil kerja kami kepada semua ahli kumpulan dan Dr. Arpah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, masih ada lagi yang perlu kami perbaiki. Berikut adalah merupakan perkara-perkara yang perlu kami baiki:

1.Tempat penginapan: Kami perlu menelefon pihak hotel untuk bertanyakan tentang harga yang sebenar bagi 6 hingga 7 bilik bagi 3 hari dan 2 malam. Kami juga perlu menempah bilik untuk bagi pemandu van supaya memudahkan perjalanan kami dari hotel ke Pusat Penjagaan Nuri atau sebaliknya.

2.Makanan: kami perlu menambahkan semula jumlah makanan dari 2 kali sehari kepada 6 kali sehari iaitu untuk sarapan, makan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper. Selain itu, kami juga perlu mengambil kira tentang ahli-ahli kumpulan yang mengalami alahan terhadap makanan. Di samping itu, kami juga perlu mengambil kira kos bagi kesemua jumlah makanan bagi 3 hari 2 malam sepanjang projek ini berlangsung. Kami juga perlu memastikan makanan apa yang perlu kami beri semasa hari ketiga di mana projek kami telah sampai ke acara penutup.

3.Lawatan tapak: 10 nama yang telah diberi  perlu tiba di tempat berkumpul sebelum pukul 11 pagi pada hari Khamis. Kumpulan logistik perlu mengambil kira tentang senarai barang atau kemudahan fasiliti yang ada di Pusat Penjagaan Nuri. Gambar dan video juga perlu diambil semasa lawatan tapak dibuat.

Minggu depan, kami perlu membuat pembentangan sekali lagi berkaitan dengan perkara tersebut. Saya berharap agar perkara-perkara tersebut dapat kami baiki bagi memudahkan pekerjaan ahli-ahli kumpulan yang lain.

Ahmad Abdin

No comments:

Post a Comment