Week 3 : 3rd Meeting

3rd Meeting 

"APA??TINGGAL SEBULAN LAGI!?"...Hai semua! Miss SU, Putri is back again👀...cepat gila masa berlalu, sedar-tak sedar tinggal sebulan lagi program di rumah NURI akan berlangsung(the HORROR).Banyak yang berlaku sebenarnya minggu ini dan rasa it feels like a long week. Tak sabarnya untuk semua ini berakhir namun pasti aku akan merindui semua ini😐

Mesyuarat kali ini sebenarnya agak sunyi kerana rakan-rakan berbangsa Cina tiada kerana masih menyambut Tahun Baru Cina namun pembantu saya, Lee masih setia membantu saya walaupun becuti😎 Banyak perkara yang berlaku sewaktu mesyuarat sehingga boleh membuatkan sel-sel otakku ini putus hehe. Kesan site visit ke rumah NURI pada minggu sebelumnya telah menambah kerja kami kerana banyak perkara yang perlu ditukar bagi menyesuaikan semuanya mengikut rumah tersebut. Namun begitu, aku sebenarnya gembira kerana walaupun banyak perkara sebenarnya tidak berpihak kepada kami untuk membuat program di sana, namun kami masih tidak berputus-ada dan berfikiran terbuka untuk fleksibel untuk mengubah semuanya. Aku tidak sanggup untuk menukar lokasi program kami kerana aku sudah merindui kanak-kanak di rumah NURI terutamanya si cilik Aisyah. Dr. Arpah menyuruhku menukar sedikit format minit mesyuarat untuk menjadikannya lebih simple dan secara jujurnya ia agak melecehkan kerana aku harus menukar semua minit mesyuarat sebelum ini, TETAPI ini merupakan suatu perkara yang amat berguna.Aik, kenapa pulak? Well, bila lagi ada orang nak ajar aku buat minit dengan betul, lagipun inikan kali pertama aku menjadi setiausaha. Oleh itu, aku harus dapat sebanyak ilmu yang boleh aku perolehi because knowledge is power and that will help me be better equipped for the future, isn't it?

Jualan kek kembali lagi!! Aku sebenarnya berasa terhibur dengan semangat rakan-rakanku ini kerana mereka berebut-rebut hendak menjual kek masing-masing sewaktu baru sahaja membuat pembahagian kek. Bagus rakan-rakan, inilah mahasiswa yang kita mahukan. Masing-masing riuh mempromosikan kek mereka di kelas Biology Organism dan menebalkan muka masing-masing. Sebenarnya penjualan kek pada kali ini agak bermasalah kerana penjualan melalui whatsapp sudah tidak berkesan bagiku dan perlu membuat penjualan face to face. Tambahan lagi, agak menyedihkan kerana kek red velvet pda kali ini amat cepat basi dan ia terjadi pada salah satu kek aku. Kek coklat pula terasa lebih agak manis berbanding dengan sebelum ini dan menimbulkan kebimbangan kepada diriku untuk menjualnya pada minggu hadapan kerana khuatir tidak ramai akan membeli kek coklat itu lagi.

Anyway, cantikkan design blog yang baru ni?😎Thank you biro multimedia!! It's so lively and cute, I'm Lovin it! Selain itu, Fahmida!! Dia merupakan seorang yang sangat sangat sangat fuunction!!! Dia bersusah payah untuk mencari quotation yang paling murah untuk T-shirt sehingga memberi stresss kepada dirinnya. Love you mamida💛💜💚 Rehana! You are such a versatile director! Dia dah jadi macam ahli setiap biro...semua gerak kerja dia involved. Sis tabik! Azwa & Azmil, korang memang dedicated designer, although you guys memang busy minggu ni but still boleh design macam-macam untuk projek ni and I'm so grateful for that. Kak dila, sis memang ketua sponsor TERBAIK!To all my SE teammates, you guys are awesome💝

MOOD : 7/10
WHAT I WANT TO THROW : MY WORRIES ABOUT THE PROJECT
WHAT I WANT TO KEEP : THE AMAZING TEAMWORKS AND OUR HARDSHIPS

No comments:

Post a Comment