Our 1st meeting

Hi semua, saya Erni. Jalinan Masyarakat sesi ini saya ditugaskan di bawah biro protokol dan program. Kalini saya nak bercerita lah sikit apa yang kitorang dah buat minggu pertama sebelum event itu berlangsung. Kitorang punya koordinator pada sem ini adalah Dr.Arpah. 1st meeting Jalinan Masyarakat diadakan pada hari pertama sem 2.
Kami semua dah sependapat yang event ini dibuat dekat Persatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan Kuala Lumpur dan Selangor (NURI) selama 3 hari 2 malam. 1st meeting ni kitorang dah start bincang tentang proposal yang perlu disiapkan untuk cari sponsor dan logistik. Kitorang perlukan sponsor untuk menjalankan event ini. Masa ni kitorang dah start design baju untuk program tu, logo Jalinan Masyarakat, transport nak ke rumah tu. Harap semua ni berjalan dengan lancar.
Masa sem 1 tak tahu lagi, apa bende Jalinan Masyarakat ni masa tengah belek2 buku fakulti. Then, Dr.Arpah briefing pasal kos nie akhir sem 1, baru lah tahu macam mana kos ni. Masa Dr. Arpah briefing kos ni, rasa excited jugak lah sebab dapat pengalaman macam mana nak handle event ni. Lagi2 event ini melibatkan budak budak, so rasa excited tu lebih sikit. Jalinan Masyarakat ni bukan sahaja kitorang dapat mengenali kehidupan orang sekeliling , tapi kitorang dapat jugak mengeratkan hubungan antara classmates. Saya tak rasa kos ini menyusahkan sebabnya kita akan dapat pengalaman yang sangat bermakna untuk kita simpan selamanya.
Alhamdulilah, sepanjang meeting ini, semua classmates memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan program ni. Walaupun mungkin agak penat sikit masa nak menjayakan event ini, tapi itu adalah penat yang sangat berbaloi. . Saya sangat berharap yang program berjalan dengan sangat lancar. Tak sabar nak menunggu hari itu tiba. Tunggu update saya tentang program ini lagi next week.

Ni adalah teammates Jalinan Masyarakat sesi 2017/2018. Stay tune guys. 
~ERNI MASTURA~

No comments:

Post a Comment