Saya Nor Adilah Binti Mohd Shukri dari program Bioinformatik dan ini ialah blog bagi memperkenalkan projek kami iaitu Projek Jalinan Masyarakat. Kami mulakan projek ini pada semester lepas namun secara rasmi ia bermula semester ini. Semasa mesyuarat pertama semester lepas secara tidak rasmi saya dan rakan-rakan dari kursus sama dilantik dan dibahagi ke biro- biro tertentu. Saya dipilih menjadi ketua biro sponsor kerana saya mempunyai pengalaman dalam bahagian ini semasa Diploma. Saya ingin berkongsi ilmu mencari sponsor dengan rakan-rakan saya yang lain. Kami bertungkus lumus memikirkan cara mendapatkan sponsor dan jualan apa yang perlu kami buat sepanjang semester ini. Selepas berhubungan dengan ramai pengeluar, kami membuat keputusan menjual kek coklat moist kerana ianya adalah satu permintaan di kalangan pelajar-pelajar UM.
Semasa mesyuarat pertama kami telah dimaklumkan bahawa kami harus memperbetulkan marketing proposal. Sedemikian dari makluman itu, Pengarah projek meminta sebuah mesyuarat kecemasan diadakan untuk memperbetulkan marketing proposal tersebut. Hasil usaha semua ahli yang datang, kami dapat menyiapkannya dan sebagai ketua saya amat berterima kasih kepada yang memberikan kerjasama.
Saya berasa amat gembira apabila ahli-ahli memberikan respon pada apa sahaja yang pandangan dan isu yang dibangkitkan dalam biro sponsor. Kerana sebuah sistem akan bergerak apabila semua microsistemnya berfungsi. Saya harap hal ini dapat diteruskan lagi hingga projek ini selesai dengan jayanya.👍
Posted by: Nor Adilah Bt Mohd Shukri

Wow post yang amat saintifik dari ketua sponsor😀
ReplyDelete