"Every successful individual knows that his or her achievement depends on a community of persons working together"
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog
kamiππ. Saya Nusrat Rehana Bano daripada program bioinformatik UM dan merupakan
pengarah projek ini mengucapkan selamat datang ke blog kami dan berbesar hati ingin berkongsi sedikit pencerahan tentang
projek kami. Projek ini dipanggil Jalinan Masyarakat dimana kami perlu
menjalankan aktiviti yang berunsurkan menghubungkan pelajar dengan masyarakat. Seramai
25 pelajar dari program bioinformatik bekerjasama untuk menjalankan projek dan
kami sebenarnya telah memulakan proses proposal projek awal iaitu pada semester
yang lepas. Kami bermesyuarat setiap minggu bagi “brainstorming” tentang tentatif,
sponsor dan hal-hal lain. Hasil daripada mesyuarat mingguan, kami dapat
menjalankan aktiviti menjual kek serta keropok bagi mencari sedikit duit
sebelum proposal kami disahkan dan kami dapat meminta tajaan dari
syarikat-syarikat.
Pada awal semester baru ini kami hadir ke taklimat kursus
ini bagi mendapat lebih pencerahan tentang tugas-tugas yang perlu kami jalankan
serta mendapat maklum balas tentang proposal kami.
Akibat penukaran format,
saya meminta agar mesyuarat bersama biro sponsor diadakan bagi menyiapkan proposal
pemasaran bersama-sama.
Kami telah menyelesaikan proposal tersebut dengan bantuan semua orang. Setakat itu sahaja perkongsian saya untuk minggu pertama blog ini.
Saya ingin berkongsi sedikit refleksi sepanjang minggu
pertama dan sebelum ituπ. Saya berasa agak takut pada mulanya kerana memegang
tanggungjawab yang penting dalam projek tetapi apabila rakan-rakan seperjuangan
memberikan kerjasama dan sokongan, saya mula rasa bersemangat ingin menjayakan
projek ini bersama-sama. Terima kasih banyak kepada rakan-rakan saya. Harap
projek ini dapat berjalan lancer sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas. πππ
Posted by: Nusrat Rehana Bano



Go go Pengarah!! Wohooo
ReplyDeleteThank you SU/ Naib pengarah :D...> . <
Delete