Opening for the Project


"Every successful individual knows that his or her achievement depends on a community of persons working together"


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog kamiπŸ‘‹πŸ’—. Saya Nusrat Rehana Bano daripada program bioinformatik UM dan merupakan pengarah projek ini mengucapkan selamat datang ke blog kami dan berbesar hati ingin berkongsi sedikit pencerahan tentang projek kami. Projek ini dipanggil Jalinan Masyarakat dimana kami perlu menjalankan aktiviti yang berunsurkan menghubungkan pelajar dengan masyarakat. Seramai 25 pelajar dari program bioinformatik bekerjasama untuk menjalankan projek dan kami sebenarnya telah memulakan proses proposal projek awal iaitu pada semester yang lepas. Kami bermesyuarat setiap minggu bagi “brainstorming” tentang tentatif, sponsor dan hal-hal lain. Hasil daripada mesyuarat mingguan, kami dapat menjalankan aktiviti menjual kek serta keropok bagi mencari sedikit duit sebelum proposal kami disahkan dan kami dapat meminta tajaan dari syarikat-syarikat.
Pada awal semester baru ini kami hadir ke taklimat kursus ini bagi mendapat lebih pencerahan tentang tugas-tugas yang perlu kami jalankan serta mendapat maklum balas tentang proposal kami.

Akibat penukaran format, saya meminta agar mesyuarat bersama biro sponsor diadakan bagi menyiapkan proposal pemasaran bersama-sama.




Kami telah menyelesaikan proposal tersebut dengan bantuan semua orang. Setakat itu sahaja perkongsian saya untuk minggu pertama blog ini.

Saya ingin berkongsi sedikit refleksi sepanjang minggu pertama dan sebelum ituπŸ˜ƒ. Saya berasa agak takut pada mulanya kerana memegang tanggungjawab yang penting dalam projek tetapi apabila rakan-rakan seperjuangan memberikan kerjasama dan sokongan, saya mula rasa bersemangat ingin menjayakan projek ini bersama-sama. Terima kasih banyak kepada rakan-rakan saya. Harap projek ini dapat berjalan lancer sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas. 😊😊😊


Posted by: Nusrat Rehana Bano

2 comments: