Already 3rd meeting guys !!

Hi guys. Kita berjumpa kembali setelah seminggu berpisah. Cehh. Masa hari isnin yang lepas kitorang buat meeting kali ketiga. Mesti semua nak tahu kan, progress tentang event kitorang nie. So masa meeting kalinie berlaku dalam keadaan formal macam minggu lepas jugak. So macam biasa lah sebelum start meeting kitorang akan mulakan dengan bacaan doa. Then, kalinie Amir yang mulakan meeting tentang site visit yang mereka buat khamis yang lepas. Penyelia bagi rumah NURI itu adalah Dr.Nora atau dikenali sebagai Mama Nora. Amir beritahu tujuan asal tempat ini ditubuhkan adalah untuk melindungi ibu tunggal tetapi atas permintaan ramai tempat ini dibuka untuk kanak2 yang mempunyai masalah kewangan.  

Terdapat lebih kurang 35-55 orang kanak2 di rumah tersebut dan range budak2 disitu berumur 2- 16 tahun. Fuhh. Masa dengar range umur budak2 nie, tak sangka ada  yang berumur 2 tahun, rasa macam kecil nya budak nie. Kalau umur 13 tahun keatas tu okay lah sebab dorang dah pandai berfikir kan. Masa cakap pasal range umur nie, first yang terlintas dekat fikiran adalah kena ubah beberapa aktiviti yang kitorang dah rancang sebabnya aktiviti yang kitorang nak buat tak sesuai dengan budak2 yang berumur 2 tahun . So kitorang dari biro protokol akan ubah semua aktiviti tu. Lepas je habis meeting tu kitorang terus bincang unuk ganti aktiviti yang baru. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, sebab semua ahli kumpulan berikan kerjasama walaupun ada yang tidak dapat hadir.

Selain itu, Amir ada jugak cakap pasal program nie cuma boleh buat sampai pukul 8 malam sebab benda nie dah ditetapkan oleh JKM. Mama Nora ada cakap yang pukul 9 malam budak2 nie semua dah tidur, so kitorang yang biro program nie kena ubah tentatif dan cuba untuk pack kan semua aktiviti yang ada. Awal perancangan kitorang nak buat event nie sampai pukul 11 malam Kitorang terpaksa ubah semua tentatif program dan cuba habiskan segala program sebelum pukul 9 malam. Memang site visit nie penting untuk kitorang buat persediaan sebelum event nie. Kalau lah kitorang tak pergi site visit nie mesti program yang kitorang rancang awal2 tak dapat berjalan dengan lancar.

Masa meeting nie, Rehana ada tunjuk video keadaan rumah tersebut, tempat penutupan majlis akan berlaku dan padang berhadapan dengan rumah itu. So masa nie kitorang yang tak pergi ke site visit dah dapat aware macam mana kawasan tersebut. Masa tengok video nie part dalam rumah, first yang terlintas macam mana nak kemas rumah ni. Sebab rumah tu penuh dengan barang2, dan agak tidak tersusun. Saya bercadang nak beli kotak yang sesuai untuk letakkan barang mereka agar kelihatan lebih kemas. Masa aktiviti gotong-royong memang tenaga daripada semua students amat diperlukan dan sikap tolong-menolong sesama sendiri sangatlah tinggi.

Aktiviti gotong-royong ini dijalankan bagi menguatkan lagi hubungan kitorang, sebab kitorang perlu berkerjasama untuk menyiapkan satu tugasan. Sebab jika tiada sikap bekerjasama, kerja nie tak kan siap dalam tempoh masa yang dirancang. Saya berharap sangat yang semua students dapat memberikan sepenuh kerjasama pada aktiviti ini. Kitorang perlu mengemas semua tempat2 ini agar mudah untuk kitorang buat semua aktiviti dan lebih selesa untuk budak2 nie duduk. Rasa tak sabar jugak nak nak bergotong-royong dengan classmates dan kanak2 di NURI tu, mesti meriah kan. Walaupun penat tapi mesti happy sebab semuanya buat sama2.

Then, dalam meeting nie jugak kitorang ada bincang lagi pasal penginapan. At first, biro logsistik cakap yang kitorang akan menginap di hotel maximum 4 orang sebilik. Jarak hotel dengan rumah tersebut adalah 9 km. So, bila difikirkan balik better duduk dekat UM sebab budget lagi murah dan perjalanan dari UM ke rumah tersebut lebih kurang je. So, kitorang belum lagi dapat kata putus untuk stay kat mana masa program tu sebabnya kitorang perlu berbincang dengan pemandu van yang akan hantar kitorang nanti.

Biro publisiti dah start untuk buat banner. So, everything is okay setakat ni. Wuishh. Lepas dah 3 kali buat meeting, rasa macam dah hampir je waktu nak pergi ni. Yelah, boleh lah kira banyak kerja yang hampir siap. Rasa excited dah terlebih nie, lagi2 bila tengok gambar budak2 yang dorang tangkap masa buat site visit yang lepas. Kelemahan saya ada lah suka buat kerja last minit. Saya akan ubah untuk buat kerja lebih awal.  End of our meeting today. See u next week guys !! :)


~ERNI MASTURA~

No comments:

Post a Comment