Sudah masuk hari
ketiga kitorang punya program. Memang agak sedih lah sebab nie hari yang
terakhir program kitorang dekat sini. Masa nie nampak lah fasi2 dengan budak2
nie macam emotional sikit. Sebabnya program kitorang kalinie habis pukul 7pm ,
yelah kan dorang pon esok nak sekolah. Kena lah bagi dorang rehat, mana boleh
buat sampai malam2 sangat kan, dengan kerja sekolah lagi.
![]() |
| Hah gitu, banyak kan origami tu. |
Masa aktiviti origami ni, fasi tetap mengajar mereka
macam mana nak buat origami katak dan rama2. Semestinya setiap aktiviti nie ada
competition , kumpulan yang paling banyak buat origami, dapat bintang. HAHA.
Lepas tu, kitorang
main game mystery box dekat luar.Budak2 keluar masuk rumah dengan muka happy
sebab dapat mainan daripada mystery box tu. HAHHA. Untuk closing ceremony ada
surprise event sikit, masa nie Dr dengan beberapa orang fasi nak sambut
birthday siapa2 yang lahir bulan 2, 3 dan 4. Tak semua fasi yang tahu pasal
surprise nie. Susah jugak lah nk menyembunyikan kek nie. HAHA
Aku datang tolong fasi2 yang keluar yang tengah hias
khemah tu. Wuishh. Kitorang guna kan rama2 origami yang budak2 tu buat sebagai
penghias khemah tu. Tu nak tunjuk yang kitorang appreciate dorang buat rama2
tu. Pandai lah dorang nie menghias khemah. Mimi dengan Arinah rasanya yang tiup
belon banyak sangat2. Confirm kebas mulut dorang tiup belon banyak2 macam tu.
![]() |
| Fasi2 yang hias untuk closing ceremony |
Hah, kan ada budak
dikir barat yang buat persembahan dekat hotel tu, dah pukul 3.30 petang, dorang masih tak balik lagi. Nazrul
buat backup plan kalau budak2 tu tak sempat nak sampai masa closing ceremony. Malang tidak berbau kan, petang tu hujan lah pulak. Lastnya
closing tu kitorang buat dekat dalam rumah.
![]() |
| Hahaa. Cakap tengok kertas je. Masalah |
Part persembahan
pulak, mula2 fasi dengan budak2 rumah NURI menari lagi tujuan. Then, semua fasi
kk5 menari Nazrul panggil ke depan untuk menari. Masa nie , adalah spontan. Apa yang kitorang plan tak
menjadi, tapi alhamdulilah berjalan dengan lancar. Hah, pasal surprise nie
pulak Ruben suruh buat lepas habis penyampaian hadiah. Seriously, masa aku jadi
mc nie, aku tak tahu nak cakap macam mana, Aku kena paksa dorang tutup mata,
mereka-reka cerita sikit. Memang meriah lah masa nie sambut birthday , fasi2
pon tak sangka yang kitorang sambut sekali 3 bulan terus. HAHAHA. Nasib baik
lah menjadi surprise nie walau agak kelam kabut sikit lah.
Lepas je selesai
sambut birthday tu, makan2 kejap. Then, budak2 dikir barat tu baru je balik.
Seriously, masa tgok muka dorang, dorang nampak sedih sangat sebab event
kitorang mmang dah nak habis.
![]() |
| Kek yang dibeli untuk sambut birthday |
Then. Kitorang semua mulakan sesi bergambar dengan semua kumpulan2 rumah NURI. Yeahh. Selesai sudah sesi penggambaran dan kitorang semua pon dah mula nak kemas2 barang kitorang. Yup sebab dah pkul 7 malam, van pon dah menunggu. Dah bersedia nak pergi, kitorang pon dah start ucapkan selamat tinggal dengan budak2 nie semua. Putri orang first yang start menangis, dan budak2 NURI semua ikut menangis. Semua sedih bila kitorang semua nak pergi . Nazrul ada cerita dekat kitorang yang ada budak ckap kat dia “Abang, jangan lah pergi” Serious memang lagi rasa nak nangis lah bila budak2 cakap macam tu.
Aku menangis bila
jumpa Danial, masa nie pon Danial nangis jugak Yup. Budak nie lah yang banyak
mengajar aku masa program 3 hari nie. Memang aku akan ingat lah sampai bila2.
Danial siap cakap dengan aku “Datang lah ramai2 bila ada cuti panjang”. Yup,aku
mmang tak dapat tahan diri daripada menangis. Semua dah rapat, so bila
berpisah, mmang kesan yang mendalam lah buat semua orang.
![]() |
| Ni lah dia Danial. |
Tak kan lupa lah apa
yang pernah terjadi selama 3 hari ni, banyak yang aku belajar sepanjang program
nie. Thank you kanak2 rumah NURI semoga kite berjumpa lagi. Alhamdulilah
semuanya berjalan dengan lancar. Tamatlah coretan saya pada kali ini.
![]() |
| Memori terindah yang pernah terjadi dekat kitorang. Love u all <3 |
Apa yang saya dapat untuk hari
ketiga ini adalah kerjasama daripada semua orang untuk menyiapkan tugasan
bersama2 masa aktiviti origami nie. Kalau lah masa nie, ada orang tak nak buat,
then tak kan dapat hasilkan origami yang banyak. Selain itu, kerjasama semua
fasi nak hias khemah. Tiada yang
merungut, dan masing2 berhempas pulas menyiapkan kerja. Benda yang paling banyak bagi pengajaran adalah selalu
ada backup plan masa buat program. Sebabnya masa nie hujan, then agak kelam
kabut jugak sebab terpaksa tukar last minit. Fasi2 agak pening sebab segala
atur cara berubah. Bila kita dah ada backup plan lebih awal , so kite semua dah
boleh ready. Tapi walaupun tukar plan last minit, fasi semua berikan komitmen
dan tidak berputus asa dan alhamdulilah berjalan dengan lancar. Masa surprise
kek tu, kelihatan fasi2 macam terharu dan tak sangka yang birthday mereka juga
disambut. Betapa sayangnya kitorang pada mereka. Masa nak berpisah dengan
budak2 nie, mata semua orang dah berkaca, sebab kitorang dah sayang satu sama
lain. Layanan yang diberikan bukan lah hanya berlakon semata-mata tapi daripada
hati masing2. Semoga hubungan yang kita cipta ini dapat dirahmati oleh Allat
S.W.T. Terima kasih untuk segala-galanya
~ERNI MASTURA~






No comments:
Post a Comment