2nd
day for event nie pon bermula. Tidur dah lah around 2 lebih then kena bangun
pukul 5.30 pagi sebab nak siap2 kena kumpul pukul 6.45 pagi. Sememangnya mata sangat barai, ngantuk sangat sebab tk cukup tidur. Masa nie
berdoa supaya hari kedua berjalan dengan lancar dan lebih better daripada 1st
day tu.
Tibanya aku
kat rumah NURI, dah nampak budak2 semua tunggu dekat depan rumah. Ada yang
tengah siram pokok. Hehe. First yang aku tegur nama dia Alif, tapi aku nie cam
jahat sikit aku panggil dia Adudu sebab dia pakai baju boboiboy masa first day.
2nd day pon dia pakai baju Boboiboy jugak tau. HAHA. Nama dia
melekat Adudu sebab bila aku panggil Adudu dia pandang dan jawab soalan aku, tu
yang melekat nama dia . HEHE. P/s jangan risau akak ingat nama betul dia sape.
![]() |
| Nie lah dia Alif aka Adudu. HEHE |
![]() |
| Nie Aisyah nama dia. |
2nd
day nie ada senaman pagi yang diketuai oleh Nazrul . Pandai pulak Nazrul nie
menari, baru tahu. Masa nie nampak lah muka budak2 nie seronok sikit sebab ada
senaman pagi. Kiranya macam pembuka hari sebelum program kitorang nie. Lepas
dah habis senaman nie, ada makanan pagi. Then kitorang teruskan dengan program
art& design. Masa nie ada competition, siapa yang lukis dan tampal paling
lawa akan dapat bintang. So, aku jaga kumpulan 3 , aku nie suka dengki orang
tau. Aku kacau lah sorang budak nie nama dia Danial. Dia tak pandai lukis, tapi
nak lukis Pikachu, mula2 tu macam2 rupa jugak lah aku tgok . Last sekali boleh
lah lawa dia lukis, boleh lah asalkan jadi Pikachu tu. Hah, yang Alif tu, kan
aku panggil Adudu. Dia group 1 ,aku pergi lah nak tgok lukisan dia. Tahu tak
dia lukis gambar apa ? Dia lukis gambar Adudu . Masa tu rasa macam, wahhh. Tak
sangka, dah lah aku panggil dia Adudu sekali dia lukis gambar Adudu masa class
art& design. Hehe. Yang jadi judge untuk competition nie adalah Dr Arpah so
dapat lah budak2 nie bintang. Jeng jeng jeng
![]() |
| Nie masa aktiviti art & design |
![]() |
| Hasil kanak2 rumah NURI buat art & design. Lawa kan |
Habis je art & design aku pulak yang jadi PIC untuk game seterusnya. Game nie macam ala2 running man teka gambar tapi aku bagi dalam masa singkat je nak lukis , then yang depan sekali kena teka. Aku sangka kan flow game nie berjalan dengan lancar. Tapi tak sangka, Danial group yg aku jaga tu menangis sebab dia tak dpat teka gambar tu. Dia cakap dia tak jadi leader yang baik, but aku jadi rasa serba salah. Semua orang pujuk dia supaya jangan nangis. Masa tu jugak aku terkeluar ayat “menangis ke?” seriously, aku tak tahu ayat tu akan jadikan dia lebih menangis. Sebab bahasa aku mmang agak kasar. Tapi aku terpaksa teruskan jugak sebab nak handle kanak2 yang lain. Tapi sebelum aku nak teruskan game lain, aku kena pujuk dia sebab aku rasa bersalah sangat2. Terima kasih sangat2 pada Nazrul masa tu sebab tolong coverkan masa aku tgah pujuk Danial. Macam2 lah kata semangat yang aku try sampaikan kat dia. Thanks sangat2 Nazrul bantu aku untuk kawal budak2 yang lain. Rasa sebak jugak lah sebab tak sangka masa aku yang handle ada budak menangis. Untuk game seterusnya Danial tak join, dia masuk rumah masa tu. Mungkin try tenangkan diri sekali dengan aku lah yang rasa down jugak masa tu.
Around
pukul 12.00 macam tu class mandarin. Masa tu aku tgok Danial dah mula join
balik class tu. Masa tu rasa Alhamdulilah dia join balik. Tak nak lah kalau dia
tak join kitorang punya program lagi kan . Aku jumpa dia ckap “sorry” sebab
rasa macam salah aku. Sampaikan dia ckap “ Akak jangan marah, siap bagi love” .
Memang masa nie aku dapat belajar, macam mana nak guna perkataan yang betul,
jangan main hembus je. Haish
Class
mandarin nie aku tgok ,semua budak2 suka belajar bahasa mandarin sampai
terbawak2 sampai ke akhir ckap “xie xie”. Lepas zohor, ada buat game explorace.
Hah, masa nie yang budak2 ni suka sangat. Aku dgan solihin kena jaga checkpoint
2. Checkpoint 2 ni game dia kena keluarkan bola pingpong dalam kota tisu yang
diikat di pinggang. Serious, macam2 gaya aku boleh tengok cara2 nak keluarkan
bola pingpong. Serious banyak sangat aku gelak masa nie, ada yang menonggeng
lah, ada yang siap angkat budak tu sama2 lah, ada yang terlompat, yang mcam
wrestling pon ada sampai hancur kotak tisu tu dorang buat. HAHA. Punya lah
creative dorang nie. Tapi mmang power lah dorang keluarkan bola ping pong tu.
Terbaikk lah akak ucapkan pada dorang nie.
Then,
kitorang sambung balik aktiviti lepas asar. Masa nie, kanak2 rumah NURI lagi2
yang lelaki daripada pagi kitorang sampai , ayat yang dorang selalu ckap “Akak
, jom lah main bola dekat luar” . tu je lah ungkapan yang aku dengar daripada
pagi. Hah, amek lah, main puas2 petang tu. Tapi kan fasi lelaki tak nak main
bola sebab nya dengar cerita dorang nie kaki bangku. HAHA. So dorang nak join
budak perempuan main bola beracun. HAHAHA. Nasib lah dorang, nak buat macam
mana kena layankan jugak budak2 tu. Tak tahu lah macam mana dorang cakap,
tetibe budak lelaki join kitorang main bola beracun. Serious lah mmang best
masa nie, kitorang lawan antara kanak2 rumah NURI dengan fasi2. HAHAHA. Aku
yang terakhir survive masa bola beracun tu. Seronok sangat lh masa nie, semua
enjoy je main , dah tak fikir umur berapa masa tu, just fikir nak happy2 je.
Bila lagi je kan nak happy macam nie, and main permainan macam ni lagi.
Then ada
latihan persembahan, kan ada budak umur 16 tahun namanya Shakir. Masa 1st
day tu mmang dia macam nak tak nak je buat persembahan. Tapi bila 2nd
day je, haha. Dia dah boleh buat persembahan, and nampak lah dia dah mula enjoy
dan dah tak segan macam 1st day tu. Masa nie dah nampak lah semangat
nak buat cheers tu. HAHA .Masa nie bonding kitorang semua dah mula kuat antara
satu sama lain.
Dah habis
semua aktiviti nie, malam tu kanak2 rumah NURI ada nak buat persembahan dikir
barat. Hari ahad tu nnti dorang ada persembahan dekat hotel around pukul 12-1
katanya. Banyak kali jugak lah tanya dorang, “confirm kan ada masa closing
ceremony”, yelah, sebabnya kitorang dah prepare persembahan untuk closing tu,
kalau dorang tak de mmang tak menjadi lah.
So sebelum
kitorang balik UM, kanak2 rumah NURI buat persembahan dikir barat. Kisah yang
disampaikan dalam dikir barat adalah mengenai mereka semua, masa dngar tu mmang
agak sedih jugak lah. Sebab nya kite tak tahu apa yang mereka rasa, apa yang
mereka lalui dengan tiada mak ayah apa semua tu. Rasa macam nak nangis jugak
lah. Masa nie belajar yang tak semua hidup berkeluarga, senang. So bersyukur
lah sebab ada keluarga yang selalu ada disisi dan jangan sia-siakan mak ayah
kite. Sebab ada lagi anak2 yang sangat perlukan mak ayah.
![]() |
| Persembahan dikir barat sebelum kitorang balik UM |
Tamat lah
hari kedua di rumah NURI. Alhamdulilah 2nd day mmang lebih terkawal
daripada 1st day, Kanak2 pon dah mula enjoy dan rapat dengan
kitorang semua nie. YEAHHH.
Apa yang aku belajar masa second day ni adalah fasi semua dah berikan kerjasama yang baik untuk semua aktiviti. Fasi tolong antara satu sama lain . Kitorang pon dah kuatkan bonding antara budak2 nie, dah tak akward macam hari first tu. . Masa hari tu, slot motivasi memang banyak mengajar supaya kite luahkan apa yang kite rasa selama nie, berkaitan dengan akademik atau diri sendiri. Tak kesah lah lelaki or perempuan, menangis tu adalah salah satu cara untuk kite lepaskan kesedihan. Masa explorace, budak2 memang menunjukkan kerjasama yang sangat tinggi untuk menyelesaikannya tanpa bantuan kitorang. Itu lah yang kitorang cuba terapkan dalam diri dorang, bahawa segalanya memerlukan orang di sekeliling untuk berjaya. Semua aktiviti berjalan dengan lancar dah tak berterabur. dan confirm lah makin sayang dengan semua fasi2 dan budak2<3
~ERNI MASTURA~
Apa yang aku belajar masa second day ni adalah fasi semua dah berikan kerjasama yang baik untuk semua aktiviti. Fasi tolong antara satu sama lain . Kitorang pon dah kuatkan bonding antara budak2 nie, dah tak akward macam hari first tu. . Masa hari tu, slot motivasi memang banyak mengajar supaya kite luahkan apa yang kite rasa selama nie, berkaitan dengan akademik atau diri sendiri. Tak kesah lah lelaki or perempuan, menangis tu adalah salah satu cara untuk kite lepaskan kesedihan. Masa explorace, budak2 memang menunjukkan kerjasama yang sangat tinggi untuk menyelesaikannya tanpa bantuan kitorang. Itu lah yang kitorang cuba terapkan dalam diri dorang, bahawa segalanya memerlukan orang di sekeliling untuk berjaya. Semua aktiviti berjalan dengan lancar dah tak berterabur. dan confirm lah makin sayang dengan semua fasi2 dan budak2<3
~ERNI MASTURA~





No comments:
Post a Comment