Hari Pertama




Sesi perkenalan diri diantara para fasilitator dan anak-anak Rumah NURI
   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Amir. Akhirnya, hari yang dinantikan pun tiba iaitu pada 23 Mac 2018 dimana Projek Jalinan Kemasyarakatan Bioinformatics 17/18 bertempat di Rumah Jagaan NURI yang diadakan di Setapak, Kuala Lumpur. Pada pagi itu, kami bergerak dengan dipacu 3 biji kenderaan yang terdiri dari pada 2 biji van dan 1 kereta Hilux. Kami bertolak dari UM pada pukul  7 pagi dan perjalanan ke sana agak lancar.
   Setibanya di sana, kami terus menjalankan program mengikut aturcara yang telah ditetapkan. Mengikut perancangan, sepatutnya bilangan adik-adik Rumah NURI adalah seramai 67 orang tetapi yang menyertai program tersebut hanyalah seramai 25 orang. Mungkin sesetengah adik-adik NURI tidak dapat menyertai program kami disebabkan beberapa faktor tambahan lagi pada musim cuti sekolah. Tetapi hal ini tidak mematahkan semangat kami untuk  menjalankan program ini seperti biasa.Tambahan lagi, kami juga telah menyediakan perancangan sokongan(Backup Plan) sekiranya perkara sebegini berlaku. Terima kasih Dr. Arpah kerana telah mengingatkan kami tentang hal ini.

Aktiviti berkumpulan sedang dijalankan
   Semasa mengendalikan aktiviti pada hari itu, tingkahlaku adik-adik agak sukar dikawal oleh para fasilitator dan ini mungkin daripada kekurangan dari segi pengendalian dan komunikasi antara kami dan adik-adik Rumah NURI.  Sungguhpun demikian, aktiviti yang dirancang seperti gotong-royong, ice-breaking dan aktiviti-aktiviti berkumpulan berjalan dengan lancar. Untuk refleksi diri yang saya dapat pada hari pertama adalah kita janganlah berputus-asa sekiranya perancangan yang kita lakukan tidak berjalan seperti yang diingini dan teruskan sehingga mencapai objektif yang ingin dicapai. Selain itu, kita hendaklah menjalankan sesuatu perkara atau aktiviti dengan bersungguh-sungguh dan bukan seperti melakukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga atau dengan kata lain tidak melakukan pekerjaan dengan  bersungguh-sungguh. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk hari pertama. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment