Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Nama saya Amir. Korang yang baca post kat blog ni apa khabar? Harap semuanya
sihat-sihat belaka la ye... Untuk minggu ni, cerita yang akan saya kongsikan adalah
berkenaan dengan latihan fasilitator. Buat makluman anda semua, saya dan 9
rakan yang lain telah dilantik menjadi fasilitator tetap untuk sepanjang
program tersebut.
 |
| Rehana sedang menerangkan tentang susun atur untuk majlis penutupan |
Dengan tugasan ini, apa yang akan saya pelajari adalah
bagaimana kita dapat membantu untuk membentuk dan membimbing adik-adik kecil dalam
sesebuah kumpulan. Oleh itu, saya perlu memupuk nilai kesatuan dalam diri
mereka agar mereka dapat memberikan kerjasama diantara satu sama lain. Selain
itu, dalam latihan fasilitator, kami telah diberi tunjuk ajar oleh rakan-rakan
yang berbangsa Cina untuk mempelajari asas bahasa Cina kerana akan dimasukkan
ke dalam slot pembelajaran untuk hari program itu berlangsung. Semangat
tolong-menolong antara kami yang
melangkaui kaum dan tanpa mengira bangsa
membuatkan suasana semakin santai dan ceria. Kurang dari seminggu lagi program
kami akan diadakan. Tak sabar rasanya menanti hari itu tiba. Semoga perjalanan
program kami dapat berlangsung dengan jayanya. Itu sahaja untuk minggu ini yang
dapat saya kongsikan.. Sehingga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment