![]() |
| Gambar diambil ketika kami sedang menaiki LRT di Stesen LRT KL Gateway |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga sihat dan
ceria selalu. Nama saya Amir. Cerita minggu ini yang akan saya kongsikan sangat
menguji nilai ketabahan dan kerjasama kami. Ceritanya bermula apabila kami
mendapat tugas untuk melakukan pencarian dana@sumbangan bagi membantu kami
membiayai program jalinan kemasyarakatan kami. Kami diberikan kepada dua
kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai lokasi yang berbeza iaitu di Taman Tun
Dr Ismail(diketuai oleh Rehana) dan Pasar Seni(diketuai oleh Fahmida). Saya
bersama 8 orang rakan yang lain berada di kumpulan yang berlokasi di Pasar Seni.
Kami pun terus bergerak ke Pasar Seni dengan menaiki bas Rapid dari UM Sentral
dan LRT dari Stesen LRT KL Gateway ke Stesen LRT Pasar Seni.
Tibanya di lokasi, kami terus berjumpa dengan
pihak pengurusan Pasar Seni untuk meminta kebenaran bagi melakukan sumbangan di
kawasan tersebut. Tapi malangnya, permintaan kami tidak diluluskan dan
dinasihatkan untuk tidak melakukan kutipan sumbangan di dalam Pasar Seni kerana
kehadiran kami mungkin akan menganggu para pengunjung di situ tambahan pada
waktu kemuncak sewaktu itu. Salah seorang staf pejabat disitu memberi cadangan
untuk kami melakukan sumbangan di luar bangunan Pasar Seni yang mempunyai
deretan kedai-kedai di tepi jalan. Kami berasa hampa kerana perancangan kami tidak
tercapai tetapi ini tidak menghalang kami dari melakukan tugas pengutipan sumbangan
dari orang ramai. Akhirnya, walaupun nilai kutipan sumbangan bagi kumpulan kami
tidak banyak, kami berjaya memperoleh sumbangan dari bentuk alat permainan dari sebuah kedai permainan di situ dengan
kuantiti yang agak banyak.
Apa yang saya
perolehi daripada tugasan ini adalah nilai kesabaran dan ketabahan dalam
menghadapi sesuatu perkara seperti kami berasa tabah ketika permintaan kami tidak
dibenarkan oleh pihak pengurus untuk melakukan sumbangan di tempat tersebut. Di
samping itu, kita perlulah mencari perancangan sokongan yang lain@plan B
sekiranya perancangan utama kita tidak berjaya supaya dapat mencapai objektif yang
dirancang. Hal ini ditunjukkan seperti
kami melakukan kutipan sumbangan di lokasi yang lain. Ini sahaja yang dapat
saya kongsikan untuk minggu ini. Semoga berjumpa lagi kita di minggu hadapan.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment