Minggu Ke5


Alhamdulillah tugas saya kali ini adalah hanya untuk menguruskan segala perkara yang berkaitan penginapan untuk 3 hari 2 malam di KK5. Semuanya berjalan dengan lancar namun ada sedikit masalah yang saya hadapi. Hal ini kerana saya perlu menulis surat bagi meminta izin daripada pengetua KK5 untuk pelajar-pelajar dari KK lain untuk menetap di KK5. Bagi pelajar-pelajar bioinformatik yang memang menetap di KK5 tidaklah menjadi masalah kerana mereka hanyalah perlu mengisi boring permohonan untuk tinggal di KK5 sahaja. Ini adalah prosedur yang saya tidak sedari yang perlu saya lakukan sebenarnya. Namun begitu beban yang saya pikul menjadi ringan sedikit kerana segala surat tersebut telah diuruskan oleh setiausaha dan cuma tinggal hanya untuk mendapatkan cop dari Dr. Arpah. Selain itu, masalah yang lain adalah saya masih lagi tidak dapat memastikan bahawa kami hanya perlu membayar penginapan untuk hari Ahad sahaja ataupun Sabtu dan Ahad kerana tiap kali saya berjumpa dengan pihak pejabat pengurusan KK5, saya tidak berjumpa dengan pihak kerani yang bertanggungjawab terhadap cuti pertengahan semester pelajar. Oleh itu, saya disarankan oleh seorang lagi kerani untuk datang balik pada minggu hadapan bagi memastikan perkara tersebut. Nampaknya minggu hadapan saya terpaksa menyelesaikan kerja ini di samping memberi surat permohonan kepada pihak pejabat kerana kerja saya masih lagi belum selesai. Kesimpulannya ialah saya harus sedar akan tanggungjawab saya sebagai orang yang yang bertanggungjawab dalam menguruskan penginapan kerana jika saya tidak bertindak maka saya akan menyebabkan projek ini menjadi tunggang langgang serta menyusahkan ahli-ahli yang lain. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri, dan sesiapa yang menyusahkan orang lain maka Allah akan menyusahkannya pula”.

AHMAD ABDIN

No comments:

Post a Comment