Fourth Week : 4th Meeting
Hi everyone, it's me Putri on the 4th post on this blog. Sedar tak sedar program ini akan sampai ke kemuncak dalam tiga minggu lagi!!! Masa begitu pantas berlalu tapi banyak lagi yang belum dilakukan lagi. It's very scary and stressful thinking about all the things we have to do.This week is very hectic for me as there are so many things happening at once and kinda cause me to have a mental breakdown for a moment. I apologive to my members for being an incompetent secretary that are still doing so many unnecessary mistakes in her minutes.
So, back to the events. Mesyuarat pada minggu ini sebenarnya memberi banyak tekanan kepada aku kerana banyak perubahan yang perlu dilakukan pada minit mesyuarat . Banyak benda yang perlu aku pelajari untuk memenuhi kriteria Dr. Arpah dalam menyediakan minit mesyuarat yang dikendakinya. Tambahan lagi, untuk menyediakan minit tersebut amatlah memerlukan reply yang sangat cepat oleh semua ahli, namun agak susah untuk mendapat reply tersebut dalam masa yang cepat. Justeru itu, kerja aku banyak yang tergendala untuk menyiapkan minit yang hanya 2 page ini. THE STRESS!! Namun begitu, nasib baik Dr. Arpah membuat suatu rangka minit mengikut format yang dikehendakinya, jadi dapatlah aku belajar daripada minit tersebut. Mudah-mudahan penyediaan minit yang seterusnya akan lebih memenuhi kriterianya dan berjalan dengan lancar.
DONATION DRIVE!Here we come!Pada hari Jumaat, kami telah pergi mencari dana & sponsor di Pasar Seni. Aku berasa teruja kerana ini merupakan kali kedua aku pergi menbuat carian dana di khalayak ramai. Pada awalnya kumpulan aku agak mengalami masalah kerana kami bermula agak lambat kerana terpaksa menukar lokasi ke tempat yang lain. Ini telah agak memberi tekanan kepada kami namun kami membuat back up plan dengan pergi ke Jalan Petaling. Pada awalnya aku berasa agak segan untuk meminta derma, namun aku fikir kalau kita malu, kita yang akan rugi. Jadi, aku dan Fahmida memberanikan diri untuk meminta tajaan dari kedai ke kedai dan akhirnya ada yang membantu. Aku berasa amat terharu kerana wujud juga manusia yang berhati mulia di dunia ini. Dua kedai telah menyumbangkan mainan yang SANGAT banyak kepada kami tanpa meminta apa-apa balasan sekalipun. Mereka dengan rela hati memberinya kepada kami dengan mudah sekali. Aku berasa teruja dan tidak sabar untuk memberi hadiah-hadiah ini kepada kanak-kanak di rumah NURI nanti. Ah, alangkah bertuahnya anak-anak itu nanti! Rasa nak jadi sebahagian dari mereka pula hahaha...Dana yang kami kutip pun tidak berapa banyak namun pengalaman serta kenangan yang kami dapati ini amat berharga berbanding dengan wang tunai. Kami puas!
Aku harap minggu yang seterusnya akan berjalan lebih lancar dan gerak kerja setiap orang akan lebih cepat dan jualan kek akan maju. All the best SE teamates!!
My scale : 5
What I want to throw : My incompetence & rasa malu
What I want to keep : The kind hearted people who helped us throughout this programme
"A pebbles thrown leads to a thousand ripples"
No comments:
Post a Comment