Donation Drive for Week 4

Hai semua . Kite bersua lagi selepas seminggu saya menghilang. Okay sekarang dah meeting ke-4 . Hah, mesti semua nak tahu kan progress event nie macam mana. Okay , masa meeting ke-4 yang lepas, semua biro buat pembentangan kat depan tentang progress dorang.
Jeremy dah bahagikan setiap orang perlu menjadi PIC dalam setiap program yang dijalankan. Masa nie Erni dapat PIC bahagian indoor game. WOW. Masa nie rasa macam wuish boleh ke ? Tapi takpe, Erni akan try challenge my self untuk handle benda nie.
Macam biasalah untuk biro tajaan. Kitorang akan buat penjualan kek setiap minggu sehingga hari event tu. Sebabnya kitorang perlukan dana yang banyak, tetapi sampai sekarang masih tiada lagi company yang nak sponsor. Masa nie juga Rehana dan Adilah mencadangkan kitorang akan buat donation drive pada Jumaat yang lepas bagi mencari dana.
Masa nie rasa macam, wuish. Donation drive ? seriously ? sebab tak pernah buat, dan Erni nie segan jugak lah nak mintak kutipan daripada orang ramai. Dalam meeting nie, semua orang bersetuju untuk buat donation drive. Kitorang dah decide untuk bahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan seramai 11 orang dan dipecahkan kepada dua tempat. Kumpulan 1 pergi ke TTDI dan kumpulan 2 pergi Pasar Seni untuk mencari dana. Erni join kumpulan 2 pergi ke Pasar Seni.
Hah, mesti nak tahu kan apa yang kitorang buat waktu donation drive nie. Ni yang rasa nak cerita panjang2. HAHA . Okay , Jumaat yang lepas kumpulan Erni kumpul dkat UMS around 10.30 am sebab Azmil ada kelas. Kitorang pergi Pasar Seni semestinya lah naik LRT. Jimat duit sikit kan. Around pukul 11.30 am mcam tu lah kitorang sampai sebab gerak lambat sikit. Kitorang ingatkan nak terus kutip derma masa tu di setiap kedai, tapi kitorang kena pergi pejabat untuk minta kebenaran. Nasib baik lah tak jauh sangat Pejabat Seni tu, so kitorang pergi nak minta kebenaran. Tapi nasib tak menyebelahi kitorang sebab kitorang tak boleh kutip derma kat sini. Kalau kitorang tak minta kebenaran 100% confirm kitorang kena halau dengan baiknya.
Masa nie kitorang macam dah buntu dan sedih gak lah. Sebab dah sampai tapi tak boleh kutip. Then, Fahmida cadang perempuan pergi ke Petaling Street dan lelaki pergi ke Masjid Jamek. Tak jauh lah dengan Pasar Seni so kitorang berjalan di bawah matahari yang sangat terik.
Kitorang pergi ke setiap kedai , berjumpa dengan owner untuk minta sponsor , tak kisah lah dalam bentuk material ataupun cash. Wuish hampir 4 jam jugak lah kat sana. Sangat2 penat tapi alhamdulilah, Fahmida dan Putri dapat cari satu kedai yang bagi mainan untuk budak2 di rumah kebajikan. Owner tu chinese and guess what, she give us 2 big plastic and 2 box full with toys for those children. Wow. Masa tu mmang berterima kasih sangat2 dengan aunty tu. Ada yang bagi cash, Terima kasih sangat2, duit anda sangat membantu kitorang buat event nie. 

 Ni Gambar aunty yang bagi mainan untuk rumah kebajikan

Sebelum nak balik, kitorang terserempak dengan seorang lelaki berkerusi roda, yang meminta pertolongan untuk hantarkan dia ke tempat teksi. Sambil buat donation drive, sambil menolong orang yang memerlukan. 


Okay, around 4 pm macam tu kitorang dah gerak balik UM. Memang lenguh2 lah kaki masa tu. Nasib baik semua orang pakai sport shoes. Fuhh. Memori nie tak boleh lupa lah sebab first time nie buat donation drive. Memang Erni akan ingat lah sampai bila2 . Makin excited nak buat event ni, sebab kitorang dah try macam2 cara untuk kumpulkan dana. Okay penat dah bercerita. Sampai sini je lah untuk post kalinie. Byee. Jumpa lagi. 

~ERNI MASTURA ~

No comments:

Post a Comment