Week 2 : Second Meeting

2nd Meeting, 1st Experience

Hello semua, cik Putri kembali lagi di post ke-2😁. Apa khabar semua? So as usual, I hope you guys will be entertained with our stories and can relate with our experience and what we prepared for our Social Engagement Programme. Baiklah, tanpa membuang masa, mari kita ke agenda seterusnya; aku nak berkongsi sedikit mengenai apa yang terjadi di minggu kedua ini!!
2ND MEETING (12/2/18)


Pertama sekali, hari mesyuarat ke-2! Sebenarnya hari itu agak kucar-kacir bagiku. Segalanya tidak berjalan dengan lancar pada hari itu sehingga memberi sedikit tekanan pada diriku. Hari itu aku dan panda dah boleh menjadi kembar agaknyaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…...maklumlah sekiranya melihat lingkaran hitam di bawah mataku dengan wajah yang sedikit sembap; the HORROR!πŸ˜ͺ Aku bangun agak lewat pada pagi itu kerana tidak mempunyai tidur yang cukup(2 jam😒) kerana menyiapkan minit mesyuarat yang akan digunakan untuk mesyuarat hari itu.Selepas tamat kelas pertama, aku bergegas ke kedai fotostat untuk print minit mesyuarat bersama Fahmida(sis yang fx)namun agak menguji kesabaranku kerana mempunyai masalah teknikal sewaktu cuba untuk print dokument itu. Jadi, lambatlah kami ke meeting tersebut. Stress bukan? Permulaan meeting pun agak kucar-kacir kerana semua masih kekok dengan tugas masing-masing. Baru sahaja nak start meeting, tiba-tiba aku diajukan soalan " Yang lain dah ada minit?" 😱😱😱Panik aku! Namun ini adalah pengajaran untuk aku, dan aku terimanya dengan hati yang terbuka. Nasib baik selepas itu mesyuarat berjalan dengan agak lancar dan tiada major issue yang perlu diselesaikan.😌








Pada hari Khamis minggu itu,kami pergi membuat site visit ke rumah NURI!πŸ˜ƒ Aku sebenarnya excited gila untuk lawatan ini kerana merupakan pengalaman baru bagi aku untuk ke tempat begitu. Tambahan pula dapat berjumpa dengan kanak-kanak! Tenyata lawatan ini amat memberi kesan kepadaku. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di bangunan itu, sesiapa sahaja yang melihat wajahku pasti tahu betapa seronoknya aku pada waktu itu.KANAK-KANAK ITU AMAT COMEL!!😍 Hilang segala stress dan masalah aku apabila main bersama mereka. Terasa seperti aku kembali ke zaman kanak-kanak aku.Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Mama Nora, pemilik rumah NURI itu memberi lebih makna terhadap lawatan itu. Beliau seorang yang sangat mesra, penyayang, baik hati dan amat berfikiran jauh. Beliau banyak berkongsi tentsng kehidupan dan cara membuat business secara betul yang sememangnya amat berguna. Lihatlah, secara tidak langsung kami dapat belajar banyak benda yang tidak kita sangka akan belajar dan bak kata orang sambil menyelam minum air. Aku berharap tempat ini akan lebih diberi perhatian oleh pihak luar agar dapat mencantikkan lagi serta meringankan beban di rumah NURI ini. Sesungguhnya senyuman kanak-kanak ini amat berharga dan aku harap ia akan kekal sepanjang masa.πŸ’“πŸ’œπŸ’šπŸ’›

MOOD : 7.5/10
WHAT I WANT TO THROW : MY LAST MINUTE WORK & MOODINESS
WHAT I WANT TO KEEP :THE NURI KIDS + THE MEMORIES THERE + VALUABLE EXPERIENCE = PERFECT



"While we try to teach our children all about life, Our children teach us what life is all about." 
  — Angela Schwindt, home schooling mom

Want to see more ? Follow us at Instagram https://www.instagram.com/se_bioinformatics/

No comments:

Post a Comment