"People never learn anything by being told, they have to find out for themselves."
“Don't Just
Don't just learn, experience. Don't just read, absorb. Don't just change, transform. Don't just relate, advocate. Don't just promise, prove. Don't just criticize, encourage. Don't just think, ponder. Don't just take, give. Don't just see, feel. Don’t just dream, do. Don't just hear, listen. Don't just talk, act. Don't just tell, show. Don't just exist, live.”
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog
kami. Saya Nusrat Rehana Bano ingin berkongsi update terbaru tentang projek
kami. Semasa mesyuarat pertama minggu lepas kami telah diminta untuk membuat “site
visit” ke Rumah Kebajikan NURI di Setapak. Selepas mesyuarat tersebut kami
membuat keputusan untuk pergi ke rumah tersebut pada khamis minggu ini. Kami
membuat penyediaan awal sebelum pergi melawat rumah kebajikan tersebut. Pada
mesyuarat kedua yang diadakan minggu ini saya meminta setiap biro menghantar
wakil untuk ke “site visit” dan juga untuk menyediakan checklist bagi
memudahkan urusan kami ke sana. Saya merasakan apabila kita membuat persediaan
awal kita akan lebih tersedia akan cabaran-cabaran yang mungkin datang menimpa
kami dalam menyiapkan projek ini.
Pada mesyuarat kedua, saya meminta dari Biro logistic agar quotation
dan menu makanan🍲 dan tempat tinggal🏨 di update. Biro sponsor juga memaklumkan pada
kami tentang pembelian baju program yang perlu memenuhi kriteria pihak penjual
dan jualan kek yang akan disambung dari semester lepas. Jualan kek sebenarnya
agak meguntugkan kerana apabila kita ingin berniaga pada target customer pelajar
kita harus berfikir secara pelajar. Adakah kita mahu membeli? Adakah harga
ini murah? Dan sebagainya.💵 💵
Saya ingin bercerita sedikit tentang site visit kami khamis
yang lepas. Ini adalah pertama kali saya pergi mengikuti site visit dan saya
merasakan bahawa site visit amat penting untuk dilakukan sebelum kita membuat
program kerana kita akan lebih jelas akan apa yang ada dan perlu kami sediakan
untuk menjayakan projek ini. Sewaktu disana kami berjumpa penyelia rumah
tersebut iaitu Puan Nora👩 atau lebih mesra dipanggil Mama Nora. Beliau banyak
berkongsi tentang hidup anak-anak di rumah tersebut, tentang kegembiraan mereka
apabila dapat pergi berkhemah dan juga serba sedikit tentang liku-liku hidup
mereka tinggal di rumah kebajikan Nuri. Mama Nora memberitahu kami bahawa
beliau sentiasa rasa bahawa walaupun beliau seseorang yang berjiwa usahawan
namun apabila melibatkan anak-anak👶 tersebut, tiada apa yang boleh menggantikan
perasan saying beliau kepada mereka. Kerana itu beliau lebih suka dipanggil
Mama daripada Puan kerana ia mengurangkan jurang perhubungan antara beliau dan
anak-anak rumah tersebut. Saya berasa amat kagum akan pengalaman beliau yang
merantau di banyak tempat membuat perniagaan di samping membuat kebajikan.
Dedikasi Mama Nora kepada rumah ini menyentuh hati kami semua yang pergi ke
site visit tersebut.💗. Saya berkongsi d\sedikit gambar lawatan kami ke rumah NURI.
Saya ingin berkongsi sedikit ye refleksi sepanjang minggu kedua.
Saya berasa gementar kerana mempengerusikan mesyuarat pertama pada minggu ini.😓😟 Walaupun agak kekok pada mulanya tapi setiap benda ada permulaan, kita perlu
berusaha lebih untuk menjadi lebih baik. Saya juga merasa sangat gembira
apabila dapat bermain bersama budak-budak di rumah tersebut. Mereka amat
bersemangat bermain dengan kami dan kami merasakan bahawa ingin membuat dengan
lebih baik lagi pada event itu. Saya ingin berusaha sebaik mungkin mendapatkan
sponsor dan kami sebagai satu pasukan akan berusaha menjadikan program ini
seronok untuk anak-anak dari rumah NURI.💖💖
Posted by: Nusrat Rehana Bano









No comments:
Post a Comment