Minggu ini adalah merupakan minggu yang sangat memenatkan dan
meletihkan kerana minggu ini adalah merupakan minggu pertama bagi semua pelajar
untuk meneruskan atau menyambung semula pengajian mereka setelah sebulan
bercuti dan minggu ini juga adalah merupakan di mana semua pelajar tahun
pertama bioinformatik berkumpul untuk membincangkan tentang projek jalinan
masyarakat bersama-sama dengan pensyarah kami iaitu Dr. Arpah.
Antara perkara yang dibincangkan dalam perjumpaan ini adalah
mengenai maklumat-maklumat penting yang perlu kami ambil kira sebelum
menjalankan projek kami ini yang berlangsung pada 23 hingga 25 Mac 2018 di
Pusat Penjagaan Nuri. Kumpulan saya iaitu Bahagian Logistik dan Pengangkutan
berasa sangat tertekan kerana kami ditugaskan untuk melakukan penempahan
kenderaan di Institut Sains Biologi (ISB) bagi melakukan lawatan tapak di sana
dan juga untuk mencari kemudahan penginapan yang berdekatan.
Tambahan pula dengan ketua kami yang terlibat dengan aktiviti SUKIPT, menyukarkan pekerjaaan kami kerana selalunya dengan adanya beliau menyebabkan pengurusan pekerjaan kami bertambah lancar. Namun begitu, masalah ini bukanlah menjadi penghalang bagi kumpulan kami untuk tidak melaksanakan tugasan yang diberikan. Akhirnya semua tugasan kami telah siap. Borang penempahan kenderaan telah pun dihantar dan cuma tinggal menunggu maklum balas sahaja sama ada prmohonan kami diterima ataupun tidak. Manakala, kemudahan penginapan telah pun kami cari , cuma tinggal untuk dibincangkan sahaja perkara ini pada minggu hadapan. Sama ada diterima ataupun tidak, itu saya tidak tahu. Jadi minggu depan adalah merupakan penentu bagi kumpulan kami sama ada kerja kami selesai ataupun bertambah.
Ahmad Abdin
Good luck biro logistik =)
ReplyDelete