Minggu Ke3

Minggu ini bermulalah semula penjualan kek coklat dan red velvet setelah tamatnya Chineese New Year. Ini bukanlah kali pertama kami melakukan penjualan kek kerana sebelum ini kami telah melakukannya pada akhir semester pertama kami. Hendak menjual kek bukanlah perkara yang senang kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi. Ini kerana terdapat ramai orang yang menjual kek di dalam Universiti Malaya ini sendiri sama ada secara persendirian mahupun berkumpulan. Jadi inilah cabaran yang perlu kami hadapi bagi menarik minat pelajar-pelajar untuk membeli kek. Nampak macam senang tapi hakikatnya ia adalah susah. Namun begitu inilah cabaran yang perlu kami hadapi kerana tidak ada benda yang senang di dalam dunia ini. Jadi untuk mendapatkan sesuatu ,kita mestilah berusaha.  Teringat bait-bait lagu semasa MHS  (Minggu Halauan Siswa); “ bukan susah untuk susah no… , bukan senang untuk senang yea… , kalau tak cuba manakan belajar berkata biar tahu maksud ”. Kesimpulannya, banyak benda yang kita perlu belajar di dalam dunia ini. Contohnya macam penjualan kek ini. Ia mengajar seseorang itu macam mana susah untuk mendapatkan duit, bagaimana hendak menarik minat pelajar untuk membeli kek dan bagaimana kita hendak menguruskan masa kita untuk belajar di samping untuk menjual kek.

Ahmad Abdin

No comments:

Post a Comment