Minggu ketiga kuliah membawa makna bahawa program kami hanya tinggal sebulan dan semakin dekat kami semua dengan tarikh tersebut semakin kami merasakan debarannya. Pada mesyuarat minggu ketiga ini kami banyak membincangkan tentang site visit kami. Setiap ahli biro membentangkan tentang segala update terkini mereka dapat semasa site visit. Minggu ini juga kami memulakan jualan kek moist chocolate and red velvet dan saya merasakan pada minggu ini jualan agak perlahan berbanding semester lepas. Namun, usaha dan kerjasama kami semua membantu sesama rakan kami dapat menjual kek kami dengan jayanya. Selepas berbincang dengan ketua biro sponsor dan ahlinya, minggu depan kami ingin menjalankan plan B dalam penjualan kek.
Selain itu, mesyuarat bersama biro program dan protokol telah diadakan kerana kami harus membuat pelbagai perubahan dalam tentatif dan jenis aktiviti kerana kami telah mendapat info baru tentang keadaan rumah NURI dan range umur para peserta yang comel-comelπππ di rumah tersebut. Kami bercadang ingin membuat aktiviti yang lebih interaktif dan seronok bagi menarik minat mereka.π

Refleksi minggu ini adalah saya dapat rasa tekanan dan gementar apabila masa kesuntukan "time is not on our side" tetapi saya amat gembira dan senang hati bila rakan-rakan banyak memberikan bantuan walaupun kesuntukan masa. Macam peribahasa "No man is an island". Ini adalah sebuah prinsip yang saya anggap penting bagi seorang ketua. we can do it guys.✊π. Saya berharap dapat menjadi sokongan bagi ahli-ahli saya.
Posted by: Nusrat Rehana Bano Bt Naushad Ahmad


No comments:
Post a Comment